Pas Johor minta ahli parti bertenang

JOHOR BAHRU 2 Jun – Pas Johor meminta seluruh pimpinan, ahli dan jenteranya supaya terus bertenang sementara menunggu ketetapan rasmi Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berhubung hala tuju kerjasama parti itu dengan Bersatu.

Pesuruhjaya Pas Johor,  Dr Mahfodz Mohamed dalam satu kenyataan meminta semua pihak bersabar dan serta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hala tuju kerjasama parti itu

Beliau berkata, Pas Johor mengambil maklum intipati mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas yang menyerahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk menentukan hala tuju kerjasama dengan Bersatu, sebagaimana dilaporkan media.

Katanya, dalam tempoh ini, seluruh jentera hendaklah terus memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi PRN Johor yang ke-16, selain memperkukuhkan gerak kerja parti pada semua peringkat.

Mahfodz berkata, Pas Johor akan terus bergerak selaras segala ketetapan dan keputusan rasmi parti dan kekal komited memperkukuh gerak kerja parti, sekali gus memastikan seluruh jentera parti bersiap siaga menghadapi PRN itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment