Dewan di-Raja Selangor lapor polis

SHAH ALAM 27 April – Ahli Dewan di-Raja Selangor membuat laporan polis susulan hantaran sekeping gambar seekor babi digambarkan dengan pakaian seorang raja berwarna kuning dengan niat menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin.

Laporan itu dibuat bagi meminta polis bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengesan pelaku dan mengambil tindakan tegas terhadapnya.

Menurut ahli Dewan itu, Datuk Salehuddin Saidin, hantaran tersebut merupakan tindakan sengaja mencetuskan provokasi dan menghina institusi diraja khususnya Sultan Selangor.

“Jadi, kami terpanggil untuk memastikan tindakan segera terhadap si pelaku diambil dan menjadi satu pengajaran kepada semua mereka yang hendak melakukan perkara sedemikian pada masa akan datang.

“Selain laporan polis, untuk jangka panjang, tindakan undang-undang yang lebih serius (hendaklah) diambil sebab itu itu sedang tular dan kebetulan ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir kira-kira pukul 3.10 petang ke Balai Polis Shah Alam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membuat laporan polis.

Hantaran itu dibuat selepas ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dalam perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Selangor pada Rabu lalu menegaskan isu penternakan babi di Selangor tidak seharusnya dibezakan dengan haiwan lain.

Dalam pada itu, Salehuddin menjelaskan larangan ternakan babi seperti dinyatakan Sultan Sharafuddin pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keempat DUN Selangor Ke-15 minggu lalu tidak wajar dipolitikkan.

“Tindakan sedemikian disifatkan sebagai sengaja memprovokasi rakyat untuk sama-sama membangkitkan kemarahan. Saya menggesa semua pihak terutama pemimpin-pemimpin politik di luar sana supaya tidak mengambil kesempatan menambah lagi kemarahan rakyat,” tegasnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook berkenaan

Katanya,, hantaran yang dimuat naik pada 25 April lalu kini sedang dipantau rapat oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata, identiti pemilik atau pentadbir akaun berkenaan sudah pun dikenal pasti dan tindakan sedang dilaksanakan termasuk merampas peranti yang digunakan bagi membuat hantaran.

Tindakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dengan kolaborasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sehingga kini, polis menerima 21 laporan dari seluruh negara berkaitan isu yang sama dan seramai 21 orang saksi, termasuk individu yang tampil membuat laporan, dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Kumar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu membabitkan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut, yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

“Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, yang boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya,”katanya.

Katanya, polis turut menegaskan tiada kompromi kepada mana-mana pihak yang menyalahgunakan media sosial untuk menyentuh isu sensitif membabitkan Agama, Raja, dan Kaum (3R).

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

“Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian, yang boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya,”katanya.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment