ETS3 KL-JB ditambah dua trip lagi Januari 2026

JOHOR BAHRU 11 Dis. – Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur akan ditambah dua trip perjalanan lagi bermula Januari ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau berkata perkhidmatan yang bermula esok itu menawarkan dua trip pergi dan balik dalam tempoh beberapa minggu ini.

“Dua trip perjalanan baharu yang akan menjadikan semuanya empat trip perjalanan sehari. Oleh itu, kita berharap perkhidmatan ini akan menjadi optimum menjelang Februari ataupun Mac.

Trip perjalanan baharu ini sempat untuk musim Tahun Baharu China dan Hari Raya Aidilfitri, cadangan sudah memang ada,” katanya pada sidang media sempena Majlis Penyempurnaan dan Pengoperasian Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Stesen KTMB Kempas Baru di sini hari ini.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan merasmikan majlis berkenaan.

Mulai 12 Disember, dua perkhidmatan berlepas dari KL Sentral (7.45 pagi dan 5.35 petang) dan dua dari JB Sentral (8.40 pagi dan 4.20 petang).

Perkhidmatan ETS3 dijangka dapat mengurangkan masa perjalanan kepada sekitar 4.5 jam, berbanding perjalanan jalan raya semasa antara lima hingga tujuh jam.

Dengan siapnya landasan elektrik di bahagian selatan, rangkaian kereta api di pantai barat Malaysia kini beroperasi sepenuhnya di atas landasan berkembar

Gemas–Johor Bahru sepanjang 192 kilometer.

Tren enam gerabak yang mempunyai 312 tempat duduk itu dilengkapi dengan empat tandas, soket elektrik di setiap tempat duduk, sebuah “coach bistro” khas yang menyediakan makanan di atas tren, serta surau untuk penumpang Muslim.

Tambang sehala biasa dari JB atau KL bermula dari RM82. Tiket mula dijual pada 12.30 pagi, 9 Disember melalui aplikasi mudah alih KITS Style, kios KTMB dan laman web rasmi pengendali berkenaan.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment