Jakarta punyai penduduk teramai

JAKARTA – Ibu negara Indonesia, Jakarta kini menggantikan Tokyo sebagai bandar paling ramai penduduk di dunia, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan Prospek Urbanisasi Dunia 2025 PBB yang diterbitkan, 18 November lalu, Jakarta dianggarkan mempunyai 42 juta penduduk iaitu hampir sama dengan populasi Kanada.

Ini diikuti Dhaka ibu negara Bangladesh dengan 37 juta penduduk, sementara Tokyo, Jepun kini di tempat ketiga dengan 33 juta penduduk.

Kedudukan itu menandakan perubahan drastik berbanding laporan terdahulu yang diterbitkan pada 2018, yang mana Jakarta berada di tempat ke-33 dengan 11 juta orang dan Tokyo di tempat pertama dengan 37 juta penduduk.

Perubahan berlaku sebahagian besarnya disebabkan oleh metodologi baharu laporan di mana sebelum ini, anggaran populasi PBB didasarkan pada statistik rasmi negara yang menggunakan metrik yang sangat berbeza.

Pada kali ini laporan itu menggunakan pendekatan yang konsisten merentasi negara untuk mengkategorikan bandar raya, bandar dan kawasan luar bandar.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment