ISTANBUL Sebuah persatuan debat paling berprestij di dunia, Oxford Union, mengundi “dengan majoriti besar” menyokong usul bahawa Israel merupakan ancaman lebih besar terhadap kestabilan serantau berbanding Iran.
Pendirian itu dibuat selepas satu sesi perbahasan hangat melibatkan bekas Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh dan Pengarah NGO berpusat di Geneva, UN Watch, Hillel Neuer.
Perbahasan itu memfokuskan usul yang menyatakan Israel lebih mengancam kestabilan serantau berbanding Iran, susulan laporan The Telegraph minggu ini bahawa majoriti besar ahli persatuan menyokong cadangan berkenaan.
Shtayyeh bagi pihak persatuan berhujah bahawa tindakan Israel merupakan sumber utama ketidakstabilan di Timur Tengah, sambil menyifatkannya sebagai “sebuah negara penjajah yang memperluas wilayah dan ditubuhkan oleh kuasa penjajah.”
Beliau turut menyifatkan Israel sebagai negara yang “bertindak di luar undang-undang”, dengan dakwaan ia melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menguatkuasakan “rejim kolonial berasaskan apartheid terhadap rakyat Palestin.”
“Pendudukan kejam, jenayah dan genosid… Israel sedang menyeret rantau ini ke dalam konflik berulang. Kita semua perlu menyatakan bahawa Israel adalah punca terbesar ketidakstabilan di rantau ini,” katanya.
Oxford Union, yang ditubuhkan pada 1823, pada tahun lepas meluluskan satu lagi usul yang menuduh Israel sebagai sebuah negara apartheid yang bertanggungjawab melakukan genosid”, dengan 278 undi menyokong berbanding 59 menolak.
Nnnn
