PUTRAJAYA 2 Okt. – Semua masjid dan surau Jumaat disarankan mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah selepas solat Jumaat esok bagi mendoakan keselamatan dan perlindungan kepada pasukan Global Sumud Flotilla (GSF).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) juga diarah untuk mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah pada hari ini selepas Solat Maghrib.
“Agensi Jakim dan Jawi telah diarah untuk mengadakan Solat Hajat dan Qunut Nazilah pada hari ini selepas Solat Maghrib dan juga esok, 3 Oktober selepas Solat Jumaat di semua masjid dan surau di bawah pentadbiran kedua-dua agensi ini.
“Ayuh kita semua mendoakan keselamatan dan perlindungan kepada pasukan Global Sumud Flotilla khususnya untuk rakyat Malaysia yang terlibat selain mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya mengulas tindakan biadap Israel memintas dan menghalang pasukan GSF ke Gaza, Palestin.
Beliau turut mengesyorkan kepada semua masjid dan surau Jumaat di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri turut mengambil langkah yang sama.
Nnnn
