Penjelasan terbalikkan tangan ketika doa

SEPANG 10 Okt. – Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil menjelaskan tindakannya menterbalikkan tangan ketika membaca doa dalam majlis pernikahan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu dilakukan ketika membaca doa memohon perlindungan daripada bala dan penyakit.

Zulkifli yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu menjelaskan, perbuatan itu mempunyai sandaran daripada sunnah Rasulullah SAW, khususnya ketika baginda memohon hujan.

“Daripada Anas bin Malik, beliau berkata, maksudnya: ‘Sesungguhnya Nabi memohon hujan, lalu baginda mengisyaratkan ke arah langit dengan belakang kedua-dua tapak tangannya’ (Hadis riwayat Muslim, no 895).

Hadis ini menjadi sandaran ulama dalam membincangkan keadaan tertentu ketika berdoa dengan membalikkan tangan, khususnya bagi memohon kesusahan diangkat dan keadaan yang buruk diubah dengan rahmat Allah SWT,” jelasnya.

Sementara itu kata beliau, Imam al-Nawawi menjelaskan dalam Syarh Sahih Muslim, maksudnya: “Sebahagian ulama dalam kalangan kami dan selain mereka berpendapat bahawa sunat bagi doa untuk mengangkat bala seperti kemarau dan seumpamanya, seseorang mengangkat kedua-dua tangannya dengan bahagian belakang tapak tangannya menghadap ke langit,”.

Beliau berkata, perbahasan lebih lanjut boleh dirujuk menerusi artikel yang ditulis menerusi aplikasi al-Inarah.”Boleh rujuk pautan di al-inarah.com/artic, atau jika ada persoalan berkenaan agama boleh sahaja merujuk 11,000 soal jawab yang sudah kami jawab.

“Atau kami ada menyediakan ruangan khusus Q&A di aplikasi ini untuk bertanya soalan secara langsung,” katanya.

(Foto fb Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri)

Nnnn

Related posts

Leave a Comment