SEPANG 29 Dis. – Setiausaha Politik kepada Presiden Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman, menafikan dakwaan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bahawa wujudnya lafaz baiah dan sumpah daripada parti itu yang menuntut pemimpinnya menceraikan isteri, jika berlaku perlanggaran. Mohd Syahir yang juga Ahli Parlimen Bachok turut mencabar Mohd Asri menunjukkan perkara yang ‘memalukan’ di dalam teks lafaz baiah dan sumpah terbabit. “Kepada SS Mufti (1), tunjukkan di mana perkara yang ‘memalukan’ di dalam teks lafaz baiah dan sumpah ini? Tiada di Perlis. Kita diajar, jangan diadakan perkara yang tiada.…
Read MoreDay: December 29, 2025
Pas perlu nilai semula kerjasama dengan Bersatu
SEPANG 29 Dis. – Krisis Perlis adalah peluang terbaik Pas untuk menzahirkan ketegasannya dalam membina budaya politik baharu buat negara iaitu berdisiplin, bersih, berintegriti, adil dan berwawasan. Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Haim Hilman Abdullah, berkata, tindakan lima ADUN Bersatu dan tiga ADUN Pas menandatangani akuan bersumpah (SD) sehingga membawa pertukaran Menteri Besar (MB) amat mendukacitakan. Katanya, mereka sepatutnya membantu MB sebaiknya untuk memajukan Perlis terapi malangnya mereka memilih untuk berkomplot dan menjatuhkannya. Justeru, katanya peristiwa itu wajar mendorong Pas untuk menilai semula kerjasama yang dibina bersama Bersatu dan…
Read MoreTaufiq anggap isu Dr selesai
ALOR STAR – Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari menganggap kontroversi berkaitan penggunaan gelaran ‘doktor’ (Dr) oleh beliau sudah selesai susulan penjelasan yang dibuat oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC). “Saya percaya MMC telah pun menjelaskan perkara ini,” katanya selepas lawatan kerja ke Kompleks Belia dan Sukan Kedah, di sini hari ini. Beliau berkata, fokus utama kini adalah kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi memastikan aspirasi kerajaan diterjemahkan kepada hasil yang bermakna untuk pembangunan sukan dan belia. “Sekarang adalah masa untuk kita bergerak ke hadapan dan melaksanakan kerja. Saya…
Read MoreWujudkan semula semangat Muafakat Nasional
ALOR SETAR 29 Dis – Pas mengajak ahli dan penyokong UMNO bekerjasama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) bagi memperkukuh perpaduan ummah dan menjamin kestabilan politik negara. Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Pas sentiasa terbuka menerima sokongan ahli UMNO yang ingin bersama perjuangan parti itu walaupun mereka masih dalam struktur dan organisasi UMNO. “Kita ajak kawan-kawan kita dalam UMNO. Kita alu-alukan orang UMNO yang mahu bersama kita dalam Pas. Walaupun mereka masih dalam UMNO, berorganisasi dalam UMNO dan ketua mereka pemimpin UMNO, kita percaya…
Read MoreBerita pilihan…
Terima sijil doktor di runtuhan bangunan
GAZA – Seramai 168 doktor Palestin menerima pensijilan perubatan lanjutan mereka pada satu majlis graduasi di hadapan bangunan yang musnah di Kompleks Perubatan al-Shifa di Bandar Gaza pada Khamis lalu. Kumpulan doktor, yang menamakan diri mereka sebagai “Kohort Kemanusiaan”, berjaya menamatkan pensijilan Lembaga Palestin dalam keadaan luar biasa selepas dua tahun perang Israel. Graduan terbabit menjalani pengajian dan menduduki peperiksaan sambil bekerja tanpa henti di hospital-hospital Gaza sepanjang tempoh kebuluran, pemindahan paksa dan pembunuhan beramai-ramai. Sebahagian daripada mereka turut cedera, ditahan atau kehilangan ahli keluarga akibat perang. Pegawai Kementerian Kesihatan…
Read MoreHujan lebat, khemah dinaiki air
KHAN YOUNIS – Kehidupan ratusan ribu penduduk Gaza yang kehilangan tempat tinggal akibat perang kian buruk apabila khemah-khemah pelarian di selatan Gaza dinaiki air dalam masa singkat, akibat hujan lebat. Keadaan itu merosakkan bekalan makanan dan membasahkan pakaian serta selimut sedangkan mereka kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan. Walaupun gencatan senjata antara Israel dan Hamas berkuat kuasa sejak 10 Oktober lalu selepas dua tahun pertempuran, krisis kemanusiaan di Gaza masih sangat serius. Kebanyakan pelarian kehilangan hampir segala-galanya. Kebanyakan keluarga berhimpit di kem khemah yang dibina secara tergesa-gesa menggunakan kanvas atau…
Read More