Prabowo mahu jumpa anak Trump

SHARM EL-SHEIKH – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menyuarakan hasrat bertemu anak kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) yang juga Naib Presiden Eksekutif Trump Organization, Eric.

Hasrat itu dinyatakan menerusi perbualan Prabowo bersama Donald Trump selepas rakan sejawatnya dari AS itu berucap pada sidang kemuncak Gaza, semalam.

Bagaimanapun , tidak jelas sama ada mereka merujuk kepada Trump Organization atau sebarang urusan perniagaan yang membabitkan Presiden atau keluarganya.

Mereka dikatakan tidak sedar perbualan itu dirakam secara langsung melalui mikrofon, manakala Rumah Putih dan Kedutaan Besar Indonesia di Washington enggan mengulas perkara tersebut.

Prabowo ketika berbual dengan Trump sambil berdiri di belakang podium dengan mikrofon, merujuk kepada satu kawasan ‘tidak selamat dari segi faktor keselamatan’.

Prabowo: Boleh saya bertemu Eric?

Trump: Saya akan suruh Eric hubungi (Prabowo). Perlu ke saya buat begitu? Dia anak yang baik. Saya akan minta Eric hubungi (Prabowo).

Prabowo: Kita akan cari tempat lebih sesuai.

Trump: Saya akan suruh Eric hubungi anda.

Prabowo: Eric atau Don Jr.

Eric Trump dan abangnya, Donald Trump Jr, masing-masing memegang jawatan Naib Presiden Eksekutif Trump Organization yang memiliki rangkaian perniagaan membabitkan hartanah, hospitaliti serta projek berasaskan teknologi blockchain.

Berdasarkan laman sesawang rasmi, syarikat itu mengendalikan kelab golf di luar ibu negara Indonesia, Jakarta, selain menyenaraikan hartanah di Indonesia, iaitu kelab golf dan resort di Bali, sebagai ‘projek bakal dibangunkan’

Nnnn

Related posts

Leave a Comment