Kadar baharu cukai tanah Pulau Pinang

TANJONG 19 Sept. – Kerajaan negeri mewartakan kadar baharu cukai tanah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026 selepas diluluskan Majlis Tanah Negara 2024 dengan semakan semula hanya akan dibuat pada setiap 10 tahun. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kadar baharu itu melibatkan ampir 370,000 hak milik tanah di Pulau Pinang. Menurutnya peratusan kenaikan bagi kategori perumahan untuk desa berjumlah 127.27 peratus dan bagi bandar 29.63 peratus manakala kategori perindustrian untuk bandar kenaikan membabitkan 151.94 peratus dan desa 200.93 peratus. Katanya, pewartaan itu dibuat di bawah Seksyen 101 Kanun Tanah…

Read More

521 bakal haji gagal dihubungi

KUALA LUMPUR 19 Sept . – – Rekod Lembaga Tabung Haji (TH) mendapati terdapat 521 bakal haji dalam senarai giliran 1447/2026M tidak dapat dihubungi. Justeru TH mengingatkan bakal jemaah mengemas kini profil maklumat peribadi bagi memastikan proses komunikasi dan tawaran haji tahun depan berjalan lancar. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad, berkata bakal jemaah boleh menyemak giliran menunaikan haji bagi musim haji 1447/2026M melalui platform THiJari atau di pejabat cawangan TH seluruh negara. Katanya, peringatan erterusan ini adalah sebahagian daripada komitmen TH untuk memastikan bakal jemaah…

Read More

Sin Chew, Sinar Harian dikompaun

PUTRAJAYA 19 Sept. –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengenakan kompaun RM100,000 terhadap dua syarikat media tempatan Sin Chew Media Corporation Berhad dan Sinar Karangkraf Sdn Bhd. Tindakan itu diambil selepas MCMC diberi kuasa untuk mengambil tindakan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC). MCMC dalam satu kenyataan berkata siasatan dilancarkan selepas Sin Chew Daily didakwa memuat naik paparan tidak lengkap Jalur Gemilang di laman web mereka manakala Sinar Harian didenda kerana infografik yang secara salah menyatakan bahawa Ketua Polis Negara Khalid Ismail adalah ahli PKR. “MCMC menegaskan bahawa Jalur Gemilang adalah…

Read More

Gelang emas purba dicuri, dilebur

KAHERAH –  Seutas gelang emas purba berusia lebih 3,000 tahun dilaporkan telah dicuri dari Muzium Mesir di Kaherah dan dileburkan, mengakibatkan kehilangan besar kepada warisan budaya negara itu. Artifak berharga, yang berasal dari zaman pemerintahan Firaun Amenemope dalam Dinasti ke-21 (1070–945 SM), telah disimpan dalam peti besi logam di makmal pemuliharaan muzium sebelum dilaporkan hilang pada 9 September. Gelang itu diperbuat daripada emas dan dihiasi dengan manik lapis lazuli, dan dijadualkan untuk dipamerkan dalam pameran “Treasures of the Pharaohs” di Rom bulan depan. Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Mesir, seorang…

Read More

AS terus lindungi Israel di UNSC

NEW YORK – Israel terus dilindungi sekutunya apabila Amerika Syarikat (AS) sekali lagi menggunakan kuasa veto bagi menggagalkan gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya gencatan senjata dilaksanakan di Gaza. Semua 14 anggota lain UNSC menyokong resolusi yang dibentangkan pada Ogos lalu, susulan pengisytiharan rasmi PBB mengenai kebuluran selepas hampir dua tahun perang Israel terhadap Hamas di wilayah Palestin itu. Ketika undian dibuat, kereta kebal dan jet pejuang Israel terus mengebom bandar Gaza, yang menjadi sasaran serangan darat besar-besaran, memaksa penduduk Palestin melarikan diri ke selatan. Veto terdahulu oleh…

Read More