STOCKHOLM – Menteri Kesihatan Sweden yang baru dilantik, Elisabet Lann tiba-tiba rebah ketika sidang media iaitu beberapa jam selepas beliau diumumkan sebagai anggota Kabinet baharu.
Turut hadir dalam sidang media itu, Perdana Menteri, Ulf Kristersson dan pegawai lain.
Rakaman yang menjadi tular di media sosial itu menunjukkan Lann berdiri di sisi pegawai-pegawai terbabit sebelum tiba-tiba terjatuh di hadapan podium dan rebah.
Timbalan Perdana Menteri Sweden, Ebba Busch, berlari ke ke arahnya dan meletakkan Lann dalam posisi pemulihan dan selepas beberapa minit, beliau kembali sedar dan dibawa keluar dari bilik sidang.
Beliau kemudian muncul semula dan menjelaskan bahawa insiden itu berpunca daripada penurunan paras gula dalam darah.
“Saya hanya mengalami penurunan gula darah. Ini boleh berlaku bila berdiri terlalu lama,” kata Lann kepada media selepas pulih.
Pelantikan Lann berlaku selepas peletakan jawatan mengejut oleh Acko Ankarberg Johansson sehari sebelumnya, ketika sistem kesihatan Sweden sedang dikritik hebat berikutan masa menunggu rawatan yang panjang dan kekurangan tenaga kerja.
Lann, yang sebelum ini berkhidmat sebagai ahli majlis perbandaran Gothenburg, aktif dalam isu kebajikan sosial dan reformasi kesihatan dijangka memainkan peranan penting dalam usaha memperkukuh kawalan kerajaan terhadap perkhidmatan kesihatan awam.
Insiden terbabit menimbulkan persoalan mengenai kesediaan Lann untuk memikul tanggungjawab berat sebagai menteri dalam sistem kesihatan yang sedang bergelut dengan pelbagai cabaran.
Nnn
