Fatwa bukan mahu hapuskan budaya

JOHOR BAHRU – Fatwa mengenai persembahan kuda kepang di Johor yang digariskan sejak 2009 bukanlah bertujuan mahu menghapuskan budaya yang sinonim dengan masyarakat Jawa di Johor itu. sebenarnya telah digariskan sejak 2009 lagi, namun sehingga kini belum diwartakan kerana kerajaan negeri memilih pendekatan mendidik berbanding menghukum. Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad seperti dilaporkan Bernama berkata, fatwa itu sehingga kini belum diwartakan kerana kerajaan negeri memilih pendekatan mendidik berbanding menghukum. Katanya, fatwa itu ditambah baik pada 2013, diperkukuh pada 2019, namun proses pewartaan mengambil masa kerana memerlukan kefahaman masyarakat yang jelas…

Read More

Kapal mesti ada nakhoda – Ibrahim

SEPANG 9 Sept . – Menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri atau poster boy tidak akan menutup ruang untuk tokoh lain, sebaliknya ia adalah strategi yang mengambil kira semua aspek, kata Presiden Putra Ibrahim Ali. Katanya, ada yang gusar apabila Bersatu menamakan Pengerusi parti itu calon Perdana Menteri (PM) sedangkan dalam demokrasi, hak mutlak tetap di tangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selepas pilihan raya umum (PRU) berakhir. Beliau menegaskan, mempertahankan Muhyiddin sebagai poster boy PRU16 bukan pilihan emosi sebaliknya strategi politik paling rasional yang menunjukkan Perikatan Nasional…

Read More

Thaksin diarah jalani hukuman penjara

BANGKOK – Bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, diarah menjalani hukuman penjara setahun selepas Mahkamah Agung memutuskan hukuman penjara yang dijatuhkan pada 2023 tidak dilaksanakan dengan betul. Menurut keputusan hakim, tertuduh perlu menjalani baki hukuman penjara yang dielakkannya ketika dalam tahanan hospital. “Mahkamah akan mengeluarkan waran penjara dan pegawai dari Penjara Reman Bangkok akan membawanya ke penjara,” demikian menurut keputusan yang dibacakan oleh hakim. Thaksin, 76, dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan rasuah dan penyalahgunaan kuasa selepas pulang ke negara itu pada Ogos 2023, setelah bertahun-tahun hidup dalam buangan. Bagaimanapun,…

Read More

Netanyahu arah penduduk tinggalkan Gaza

BAITULMUQADDIS – Israel semakin nekad mengusir penduduk Palestin apabila Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, mengeluarkan amaran tegas kepada penduduk Kota Gaza untuk segera berpindah. Netanyahu mengeluarkan amaran itu ketika tentera rejim Zionis itu meningkatkan serangan ke atas pusat bandar terbesar di wilayah Palestin, sebagai persediaan untuk operasi penaklukan darat. Peningkatan aktiviti pengeboman di Gaza ini berlaku meskipun Israel berdepan gesaan berulang kali daripada negara-negara Barat dan agensi bantuan antarabangsa untuk menghentikan serangan. Agensi pertahanan awam Gaza melaporkan sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh pada Isnin, dengan 25 mangsa berada di Kota Gaza. Amaran…

Read More