KUALA LUMPUR 13 Dis. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita 384 skuter elektrik yang diletakkan di tempat awam hingga mengganggu laluan sekitar ibu kota, di sini, kelmarin. Dalam kenyataannya, DBKL memaklumkan tindakan khas itu dilakukan Jabatan Penguatkuasaan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan semua barangan itu dibawa ke Stor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, di sini. DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa demi kesejahteraan warga kota, pengunjung dan pelancong. Sementara itu, dalam hantaran berasingan, DBKL mengeluarkan lima notis mengikut Akta Pengangkutan Jalan…
Read MoreDay: December 13, 2024
Berita pilihan..
Yoon tolak dakwaan pemberontakan
SEOUL – Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, mempertahankan pengisytiharan undang-undang tentera yang kontroversi sebagai tindakan pentadbiran dan menafikan tuduhan pemberontakan terhadapnya. Beliau berikrar untuk berjuang hingga ke saat akhir sama ada berkaitan pendakwaan atau siasatan terhadap pengisytiharan itu. Dalam ucapan awam yang disiarkan secara langsung, Yoon berkata penghantaran tentera ke Parlimen semasa penguatkuasaan undang-undang tentera bukan satu bentuk pemberontakan, sekali gus menolak desakan untuk meletak jawatan. Yoon berkata beliau menggunakan kuasa presiden untuk mengisytiharkan undang-undang tentera bagi “melindungi negara dan menormalkan pentadbiran negara” berdepan pembangkang yang melumpuhkan kerajaan, dengan…
Read MorePalestin puji keputusan Ireland
ANKARA – Palestin menggesa lebih banyak negara untuk menyertai kes genosid yang dibawa Afrika Selatan ke atas Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) susulan tindakan Ireland yang turut serta. Dalam kenyataannya, Kementerian Luar Palestin memuji komitmen teguh Ireland terhadap keadilan dan kedaulatan undang-undang antarabangsa, serta menonjolkan solidariti mendalam dan sejarah persahabatan antara kedua negara. Kenyataan itu turut menyeru negara-negara dalam Konvensyen Pencegahan dan Penghukuman Jenayah Genosid untuk “aktif dalam prosiding” kes Afrika Selatan di ICJ. “Mengakhiri genosid yang berterusan terhadap rakyat Palestin dan menentang kekebalan Israel adalah tanggungjawab yang perlu…
Read More