Akta Tahanan Rumah sasar 20,000 individu

PASIR MAS 16 Nov. – Akta Tahanan Rumah yang bakal dibentangkan tahun hadapan menyasarkan 20,000 individu yang menjalani tahanan reman di penjara, sekali gus menyelesaikan masalah kesesakan penjara. Menteri Dalam Negeri,  Saifuddin Nasution Ismail, berkata akta berkenaan tidak terpakai kepada tahanan reman di penjara yang membabitkan kes jenayah berat. Katanya, banduan di seluruh negara kini mencecah 87,000 orang sedangkan kapasiti penjara hanya untuk 74,000 banduan dan pada masa sama, banduan dalam komuniti seramai 5,000 orang dan kini lebihan banduan membabitkan 8,000 orang. Daripada jumlah banduan di seluruh penjara itu, 20,000…

Read More

Takziah kepada keluarga Dr Ibrahim

KUALA LUMPUR 18 Nov. – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Ibrahim Saad yang meninggal dunia petang semalam. Anwar berkata beliau berduka atas kehilangan Allahyarham, yang disifatkannya sebagai seorang sahabat yang baik. “Mendoakan keluarganya diberi ketabahan serta diampunkan segala dosa almarhum, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook hari ini. Ibrahim meninggal dunia pada usia 78 tahun di Hospital Pakar Damansara di sini pada pukul 6.30 petang semalam akibat komplikasi pernafasan. Allahyarham yang pernah menjadi Setiausaha Politik Anwar ketika itu menjawat…

Read More

Hukuman 5 kadet dua minggu lagi

KOTA TINGGI 16 Nov. – Bentuk hukuman terhadap lima kadet membabitkan dua kes buli pelajar termasuk menggunakan seterika di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), akan diketahui dua minggu lagi. Menteri Pertahanan,  Mohamed Khaled Nordin berkata kementeriannya sudah memutuskan hukuman itu namun ia perlu mendapat pengesahan daripada Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT). “Kalau memang mereka akan dihukum untuk dibuang, mereka perlu bayar denda iaitu pulang balik segala tanggungan yang kerajaan keluarkan sepanjang mereka jadi kadet pelajar dan mesti keluar dari Akademi Latihan Ketenteraan (ALK). Maknanya, bila hukuman disahkan dalam mesyuarat MAT…

Read More

Setahun miskin tegar terima RM300 sebulan

KOTA KINABALU 16 Nov. – Golongan miskin dan miskin tegar di Sabah akan menerima bantuan khas sebanyak RM300 sebulan selama setahun menerusi Belanjawan 2025, kata Menteri Kewangan negeri, Masidi Manjun. Katanya, inisiatif yang julung kali diperkenalkan itu menyediakan peruntukan RM358.5 juta, dan ini adalah antara usaha bagi membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup golongan miskin dan miskin tegar di negeri ini. Beliau berkata, harga barangan dijangka meningkat berikutan pelarasan gaji kakitangan awam dan penetapan gaji minimum baharu swasta tahun depan memberi kesan kepada golongan bekerja sendiri seperti petani, nelayan, penjaja…

Read More

Ribuan terputus perkhidmatan, bantuan

GAZA – Pertahanan Awam Palestin di Gaza melaporkan operasinya di utara Gaza terpaksa dihentikan selama 24 hari, menyebabkan ribuan penduduk terputus perkhidmatan perubatan atau bantuan kemanusiaan berikutan serangan berterusan Israel. Dalam kenyataannya, Pertahanan Awam berkata pada 24 Oktober lalu, pasukan tentera Israel menyasarkan anggota mereka di utara Gaza, merampas kenderaan, memaksa kebanyakan petugas berpindah ke kawasan tengah dan selatan semenanjung itu dan menahan 10 staf. Agensi itu menyeru organisasi kemanusiaan antarabangsa untuk segera menangani kesengsaraan ribuan orang awam yang terperangkap di utara Gaza akibat serangan Israel yang berterusan. Pertahanan Awam…

Read More

Tokoh, media tinggalkan platform X

ISTANBUL – Beberapa tokoh yang mempunyai akaun terkenal dengan pengikut yang ramai di X  meninggalkan platform itu selepas Donald Trump dipilih sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Menurut satu laporan, keputusan untuk meninggalkan X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter, sebahagian besarnya didorong kebimbangan terhadap hubungan rapat pemiliknya, Elon Musk dengan presiden terpilih Trump. Bekas penyampai CNN Don Lemon berkata beliau meninggalkan X kerana ia tidak lagi memenuhi ‘tujuan’ kebebasan bersuara. Dalam video yang dimuat naik di X, Lemon berkata: “Saya pernah percaya bahawa platform ini adalah ruang untuk perdebatan…

Read More