Bersatu zahir terima kasih ROS

KUALA LUMPUR 2 April – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengambil beberapa langkah susulan berikutan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan pindaan Perlembagaan parti itu. Setiausaha Agungnya,  Hamzah Zainudin, berkata, langkah susulan itu bagi memastikan segala tindakan selepas ini akan mengikut perlembagaan dan undang-undang. “Pada masa sama, proses pemerkasaan parti sedang dilunaskan dan insya-Allah Bersatu serta Perikatan Nasional akan kekal menjadi suara serta pilihan rakyat,” dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata, Bersatu menzahirkan terima kasih kepada ROS kerana meluluskan pindaan Perlembagaan Bersatu yang diluluskan…

Read More

ROS lulus pindaan, apa nasib 7 wakil rakyat Bersatu

KUALA LUMPUR 2 April – Kedudukan enam wakil rakyat Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Begeri (ADUN) Bersatu menjadi tumpuan apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) meluluskan usul pindaan Perlembagaan Bersatu yang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas (EGM) parti itu, 2 Mac lalu. Berikutan kelulusan itu, parti itu akan mengambil langkah seterusnya untuk mengosongkan enam kerusi Parlimen, sekali gus diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK). Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, mengesahkan kelulusan itu melalui hantaran di Facebooknya beserta salinan surat kelulusan itu yang antara lain menyebut pindaan terbabit…

Read More

22 barang kawalan sempena Aidilfitri

NILAI 2 April – Sebanyak 22 jenis barang diletakkan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri 2024 berkuat kuasa 5 hingga 19 April ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),  Armizan Mohd Ali, berkata skim berkenaan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit. Barangan di bawah skim itu adalah daging lembu tempatan kecuali daging batang pinang, daging lembu import, daging kerbau import, ikan kembung, ikan selayang, ikan tongkol dan ikan demuduk. Tomato , cili merah, kubis…

Read More

Had laju Jalan Persekutuan dikurang

PUTRAJAYA  2 April –  Had laju di jalan persekutuan di seluruh negara dikurangkan 10 kilometer sejam (km/j) bermula 8 hingga 14 April ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sepanjang tempoh itu, had laju di jalan persekutuan diturunkan kepada 80km/j berbanding 90km/j. Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan, pengurangan sementara had laju itu antara langkah keselamatan dan pemantauan bagi meningkatkan keselamatan dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya berdasarkan data sejarah kemalangan jalan raya semasa musim perayaan. Kenyataan itu menyebut KKR pada tempoh sama menjalankan Ops Bersepadu dan Kempen…

Read More

TH agih keuntungan 3.1 peratus

KUALA LUMPUR 2 April – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat sebanyak 3.1 peratus bagi tahun kewangan 2023, sama seperti kadar tahun kewangan sebelumnya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata agihan keuntungan itu membabitkan sejumlah RM2.72 bilion, berbanding RM2.65 bilion tahun sebelumnya. Katanya, ia akan memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit TH dan juga selepas mengambil kira pembayaran zakat sebanyak 2.57 peratus. “Alhamdulillah, TH masih lagi dapat memberikan agihan keuntungan pada kadar 3.10 peratus, sama seperti tahun…

Read More