20 resolusi Konvensyen Wakil Rakyat PN

KUALA LUMPUR 9 Mac – Konvensyen Wakil Rakyat Perikatan Nasional (PN) 2024 di sini hari ini meluluskan 20 resolusi yang mengetengahkan tema ‘Membina Masa Depan Bermaruah’, kata Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, antaranya ialah memperkukuh ekosistem pendidikan, memperkasakan perlindungan sosial, memperkukuh perpaduan dalam kalangan parti anggota PN serta memperkasakan penyusunan strategi dan gerak kerja parti. “Di dalam konvensyen ini, banyak perkara dapat kita bincang secara lebih mendalam dan menyentuh semua aspek berkaitan parti, pentabiran kerajaan, peranan wakil rakyat dari peringkat Parlimen hingga DUN dan Dewan Negara. “Ramai yang mengambil bahagian.…

Read More

Muhyiddin tidak layak cabar kerajaan

BUKIT MERTAJAM 9 Mac – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak layak mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytiharkan pengosongan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) milik wakil Bersatu yang menyokong kerajaan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata keputusan sama ada pengosongan enam kerusi Parlimen dan satu DUN berkenaan sepatutnya dibuat individu yang mewakili semua kerusi berkenaan. Anwar yang turut menyifatkan Muhyiddin ‘pakar lompat’ berkata,  Presiden Bersatu itu tidak boleh membuat sebarang keputusan mengenainya termasuk mencabar Kerajaan Perpaduan yang mendapat sokongan wakil rakyat terbabit. “Kenapa tanya saya? Dia (Muhyiddin)…

Read More

Tiga pelan pastikan PN terus dapat sokongan

KUALA LUMPUR: Tiga pelan tindakan perlu dilakukan untuk memastikan sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional (PN) terus meningkat dan memenangi Pilihan Raya Umum (PRU16), seterusnya membentuk kerajaan. Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang optimis gabungan dianggotai Bersatu, Pas, Gerakan dan Parti Maju Sabah (SAPP) itu bakal menjadi pilihan utama pengundi pada PRU16 mahu semua pihak dalam PN terus istiqamah dalam perjuangan. Katanya, ahli PN tidak boleh berasa lemah atau gundah gulana kerana bergelar pembangkang ketika ini, sebaliknya mesti yakin dengan kekuatan gabungan dan komited melaksanakan peranan sebagai pembangkang. “Rakyat meletakkan harapan yang…

Read More

Peringatan kepada PN, gelombang ada pasang surut

KUALA LUMPUR 9 Mac –  Perikatan Nasional (PN) tidak boleh bergantung kepada ‘gelombang rakyat’ semata-mata untuk memenangi pilihan raya sebaliknya perlu memiliki kekuatan dan identiti sendiri untuk menarik sokongan rakyat bagi membolehkan gabungan parti itu menerajui Putrajaya. Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, berkata kekuatan dan identiti yang terbina sendiri akan lebih meyakinkan rakyat terhadap prinsip perjuangan gabungan parti itu. Dalam ucapan aluan sempena Konvensyen Wakil-Wakil Rakyat PN 2024 di sini, hari ini, beliau mengingatkan bahawa rakyat pada ketika ini bukan sekadar menghakimi kerajaan tetapi juga pihak pembangkang. “Apakah kita benar-benar…

Read More

Isytiharkan 6 kerusi Parlimen, 1 DUN kosong

KUALA LUMPUR 9 Mac –  “Jika berani, isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi DUN Selangor itu kosong,” Itu cabaran Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin, berikutan tujuh wakil rakyatnya menyokong Kerajaan Perpaduan. Beliau mencabar Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim untuk mengisytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikosongkan susulan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Bersatu di kerusi terbabit beralih pendirian menyokong Perdana Menteri. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menegaskan, mandat harus dikembalikan kepada rakyat menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) di semua…

Read More

Putra pertahan kenyataan Prof. Kok Seong

SEPANG 9 Mac – Putra mempertahankan kenyataan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN) Profesor  Dr. Teo Kok Seong berhubung sekolah vernakular yang dikecam oleh pemimpin DAP, Teresa Kok baru-baru ini. Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, kenyataan Kok Seong adalah berdasarkan kajian akademik yang mendalam dan fakta yang sahih. “Beliau adalah tokoh akademik bukan Bumiputera yang berintegriti, berani, dan berpijak di bumi nyata serta menerima kebenaran sejarah. Kenyataan beliau tidak ada kena mengena dengan rasis apabila beliau mengatakan sekolah vernakular adalah punca perpecahan kaum dan tidak membantu ke arah integrasi…

Read More