KUALA LUMPUR 19 Feb. – Bekas Ahli Parlimen Bukit Mas, Mutang Tagal, 69 mencatat sejarah sebagai pemimpin pertama daripada etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara. Mutang yang berasal dari Lawas, Sarawak, dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang ke-20, menggantikan Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan, susulan dilantik Yang Dipertua Negeri Sarawak pada 26 Januari lalu. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengemukakan nama Mutang, yang juga calon tunggal sebagai cadangan nama ahli untuk dipilih pada Mesyuarat Khas Penggal Kedua Parlimen ke-15 Dewan Negara, semalam. “Beliau adalah…
Read MoreDay: February 19, 2024
Bukan babi tetapi ladang itik cemar sungai
BUKIT MERTAJAM 19 Feb. – Sisa buangan yang dikesan mencemarkan dua sungai di Kedah berpunca daripada ladang itik di Sungai Lembu, di sini, dan bukannya ternakan babi seperti dilaporkan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mendedahkan penemuan terbaharu itu hasil siasatan dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai ( MBSP), hari ini. Pengerusi Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol, berkata beliau bersama semua agensi berkaitan pada mulanya menjalankan siasatan ke atas ladang babi yang dimaksudkan. Bagaimanapun, katanya, siasatan mendapati pencemaran yang berlaku di…
Read MoreBerita pilihan…
KDN siasat fakta 3 pemimpin NGO Islam
PUTRAJAYA 19 Feb. – : Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyemak fakta berhubung tindakan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyenaraikan tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam negara ini dalam Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC), kata Menterinya, Saifuddin Nasution Ismail, Beliau juga sudah menghubungi Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, berhubung perkara itu bagi mendapatkan gambaran yang lebih tepat. “Apa yang kita tahu ialah FBI membuat request (permohonan) berkaitan perkara itu jadi kita kena semak dahulu fakta yang tepat, saya tak bersedia untuk memberi fakta tangkap muat atau samar-samar,” katanya selepas menyempurnakan majlis…
Read MoreLima G teruskan perjuangan part
KUALA NERUS 19 Feb. – UMNO Terengganu menggariskan prinsip lima G (5G) gather, generate, genius, groom, grow (bersama, menjana, bijaksana, latih dan berkembang) sebagai langkah parti dalam meneruskan perjuangan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat berkata, prinsip 5G perlu diterapkan seluruh pimpinan parti termasuk di peringkat akar umbi dalam mendepani cabaran dan langkah lebih baik serta teratur. Katanya, perjuangan parti yang didukung dengan slogan keramat dalam perjuangan agama, bangsa dan tanah air perlu diteruskan bagi memastikan UMNO terus mendapat tempat di hati rakyat. “Semua ahli parti termasuk pemimpin…
Read More