Garisan bercahaya dalam gelap

ALOR SETAR 4 Dis. – Jalan Padang Sanai ke Durian Burung dalam daerah Padang Terap kini sedang diuji dengan garisan jalan bercahaya dalam gelap atau ‘Glow In The Dark’ sepanjang tiga kilometer.

Difahamkan ia terpanjang di Malaysia dan ini merupakan projek garisan jalan yang pertama di Kedah yang siap dipasang pada Selasa lalu.

Dengan adanya garisan jalan berkenaan ia akan memberikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya yang memandu pada waktu malam.

Kaedah ini menggunakan sumber cahaya matahari yang dikumpulkan dan apabila malam ia akan memantulkan cahaya yang terang.

Kedah adalah negeri yang mempunyai sumber cahaya matahari tertinggi dan mampu menjadi tarikan untuk pelabur mengusahakan ladang solar.

Sumber cahaya matahari yang tinggi menjadikan usahawan solar di Kedah hanya memerlukan lebih empat jam untuk menyimpan tenaga solar berbanding enam jam di negeri lain.

Related posts

Leave a Comment