Zahid minta pimpinan UMNO tidak layan Pua

SEREMBAN 24 Jun – Ketika beberapa peringkat pimpinan UMNO membidas bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi, tampil meminta pemimpin parti itu tidak melayan sebarang kenyataan yang bertentangan dengan pendirian parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan. Ahmad Zahid berkata, sekiranya pemimpin UMNO mudah memberi reaksi balas terhadap sebarang kenyataan negatif berkenaan ia menggambarkan seolah-olah perkara itu sebagai masalah besar meskipun sebenarnya ia bukan pendirian parti. “Saya telah beritahu, jangan ada reaksi untuk membalas dan sebagainya daripada pihak kita kerana jika isu ditimbulkan dan kita beri reaksi,…

Read More

DAP ‘tikam belakang’ PH khianati BN?

KUALA LUMPUR 24 Jun – Umpama melafazkan talak tiga kepada kerajaan! Begitulah pandangan MCA berhubung tindakan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai parti rasuah. Presiden MCA, Dr Wee Ka Siong, yang menyelar tindakan itu turut mempersoalkan sama ada yang disuarakan Pua itu memberi isyarat bahawa Pakatan Harapan (PH) akan mengkhianati BN. Katanya, ia susulan kenyataan Pua yang juga Penasihat Dasar Setiausaha Agung DAP yang turut mengesyorkan PH menang dan mentadbir secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti. “Saya berasa kesal pemimpin seperti…

Read More

PM jelaskan Ambalat, Sebatik belum selesai

SEREMBAN 24 Jun-  Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian maritim dengan Indonesia membabitkan kawasan yang dirujuk sebagai blok Ambalat. Beliau menyifatkan sebagai fitnah dakwaan kononnya perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia yang ditandatangani beliau dan Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 8 Jun lalu membabitkan blok perairan itu “Ada yang belum selesai (dimeterai) termasuk kawasan disebut Ambalat itu, tapi mereka ‘bingai’. Ambalat itu belum selesai (belum diputuskan). Kawasan di Sabah, Pulau Sebatik pun belum selesai. “Saya katakan dengan Jokowi, kita tandatangan (perjanjian maritim) yang sudah selesai sahaja,” katanya…

Read More

Loke minta anggota DAP ‘jaga mulut’

KUALA LUMPUR 24 Jun –   Semua pemimpin dan anggota DAP diingatkan supaya sentiasa menjaga keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, keharmonian hubungan itu amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luaran. “Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap dalam pentas DAP,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau. Beliau merujuk kenyataan bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) yang kini…

Read More

Tindakan biadab Phua robek keharmonian

KUALA LUMPUR 24 Jun –  Pergerakan Pemuda UMNO menuntut DAP mengambil tindakan tegas terhadap bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelarkan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’. Ketuanya, Dr Akmal Saleh yang membidas kenyataan biadab itu mengingatkan tindakan individu seperti Tony Pua akan mengakibatkan keharmonian dan persefahaman yang ingin dibentuk tergendala serta berhenti di tengah jalan. “Pua harus belajar bahawa kehadiran UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan adalah aset penting memastikan nasib dan igauan ngeri orang Melayu ketika 22 bulan di zaman PH tidak kembali berulang.” katanya dalam satu kenyataan. Kenyataan…

Read More