Kes harian kekal di bawah paras 500

PUTRAJAYA 29 Dis. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 kekal di bawah paras 500 kes walaupun merekodkan peningkatan semalam iaitu 480 termasuk enam kes import berbanding 423 pada hari sebelumnya.

Menurut data portal KKMNOW, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada iaitu 4,986,382 kes tempatan dan 38,520 kes import.

Sebanyak empat lagi meninggal dunia termasuk satu kematian yang berlaku di luar fasiliti hospital atau ‘brought-in-dead’ (BID) yang membawa kepada jumlah keseluruhan 36,845 kematian termasuk 7,851 BID.

Dalam tempoh yang sama jumlah kes aktif pula adalah 12,920 dan daripada jumlah itu, sebanyak 12,213 kes atau 94.5 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah dan tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC).

Data itu juga menunjukkan 666 atau 5.2 peratus pesakit sedang mendapatkan rawatan di hospital di mana 41 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), iaitu

22 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes sembuh yang direkodkan semalam turut meningkat dengan tambahan 957 pesakit pulih menjadikan jumlah keseluruhan 4,975,137 pesakit sembuh

Related posts

Leave a Comment