21,430,294 juta lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 17 Okt. – Sebanyak 91.5 peratus atau 21,430,294 juta individu daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 manakala 95.1 peratus atau 22,265,430 juta mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Lembah Klang mencatatkan kadar vaksinasi populasi dewasa tertinggi iaitu 112.6 peratus.

Ini diikuti Negeri Sembilan 99.9 peratus, Labuan 99.5 peratus, Perlis 94.8 peratus, Pulau Pinang 92.5 peratus, Johor 90.8 peratus dan Melaka 90.2 peratus, , Sarawak 89.9 peratus, Terengganu 89.3 peratus, Perak 82.3 peratus, Pahang 82.2 peratus dan Kedah 81.3 peratus.

Hanya Kelantan dan Sabah masih mencatatkan kadar vaksinasi populasi dewasa di bawah 80 peratus apabila masing-masing merekodkan 75.1 peratus dan 67.5 peratus.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 22,146,626 juta individu atau 67.8 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Manakala, 75.7 peratus atau 24,715,782 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 716,332 atau 22.8 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 128,347 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat ini adalah 46,761,751 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara

Related posts

Leave a Comment