68 peratus lengkap vaksinasi

PUTRAJAYA 6 Sept. – Setakat semalam, sebanyak 15,926,601 penduduk atau 68.0 peratus daripada populasi dewasa negara  sudah lengkap divaksinasi manakala 20,543,016 atau 87.8 peratus  mendapat dos pertama suntikan vaksin Covid-19.

Merujuk peratus populasi keseluruhan pula, sebanyak 62.9 peratus penduduk telah mendapat dos pertama dan 48.8 peratus sudah melengkapkan vaksinasi.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), vaksin harian mencatatkan 289,958 dos semalam dengan 136,177 individu sudah mendapatkan dos pertama manakala 153,841 individu lagi menerima dos kedua.

Setakat semalam, Johor merekodkan angka tertinggi dos suntikan diberikan iaitu 57,084, diikuti Sabah 36,286, Selangor 31,259, Perak 25,152 dan Kuala Lumpur 23,414.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Related posts

Leave a Comment