Kadar kebolehjangkitan turun lagi

PUTRAJAYA 5 Sept. – Malaysia terus merekodkan trend menurun bagi kadar kebolehjangkitan Covid-19 selama empat hari berturut-turut, dengan kadar 0.95 semalam (Sabtu) berberbanding 0.96 pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun, sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan didahului Perlis yang merekodkan 1.17.

Ini diikuti Sarawak 1.13, Johor 1.10, Kelantan, Perak dan Terengganu masing-masing 1.05, Pulau Pinang 1.04, Sabah 1.02, Kedah 0.99 dan Pahang 0.97.

Sementara itu, negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan adalah Putrajaya 0.93, Selangor 0.87, Melaka 0.84, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing 0.81.

Labuan pula mencatatkan sembilan kes baharu Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu manakala yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment