15 juta lengkap dua dos

PUTRAJAYA 1 Sept. – Setakat semalam, 15,032,301 individu atau 64.2 peratus daripada populasi dewasa negara ini melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 manakala 19,741,754 atau 84.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam 34,752,340 dos.

Setakat ini 60.5 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan negara telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 46.0 peratus telah melengkapkan vaksinasi.

Semalam, vaksinasi harian merekodkan 261,768 dos, turun berbanding hari sebelumnya sebanyak 361,381 dos. Daripada jumlah itu, 115,473 adalah dos pertama manakala 146,295 melengkapkan dua dos.

Lembah Klang merangkumi Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur merekodkan penerima vaksin tertinggi dengan dos pertama merangkumi 6,877,866 dan 5,698,302 lengkap divaksinasi.

Disusuli Sarawak (1,852,360 dos pertama dan 1,778,498 lengkap divaksinasi), Johor (2,137,107 dos pertama dan 1,296,842 lengkap vaksinasi), Sabah (1,629,317 dos pertama dan 1,102,420 lengkap divaksinasi) dan Perak (1,242,573 dos pertama dan 889,777 lengkap divaksinasi).

Pulau Pinang merekodkan 1,151,015 dos pertama dan 773,772 lengkap divaksinasi, Kedah (1,093,514 dos pertama dan 707,135 lengkap divaksinasi), Negeri Sembilan (781,329 dos pertama dan 642,142 lengkap divaksinasi) dan Kelantan (776,389 dos pertama dan 559,694 lengkap divaksinasi).

Pahang merekodkan 756,639 dos pertama dan 606,500 lengkap divaksinasi, manakala Terengganu (670,000 dos pertama dan 396,579 lengkap divaksinasi) dan Melaka (545,999 dos pertama dan 395,793 lengkap divaksinasi).

Perlis merekodkan pemberian vaksin 157,733 dos pertama dan 120,432 lengkap divaksinasi serta Labuan 69,913 dos pertama dan 64,415 lengkap divaksinasi.

Related posts

Leave a Comment