Prasarana beri bantuan khas

KUALA LUMPUR 25 Mei –  Prasarana Malaysia Bhd akan memberi bantuan khas berjumlah RM1,000 setiap seorang tanpa mengira tahap kecederaan yang dialami.

bagi semua 213 mangsa yang terlibat dalam nahas pertembungan LRT malam tadi.

Pengerusinya Tajuddin Abdul Rahman berkata, Prasarana juga akan memberi bantuan khas kepada mereka yang dimasukkan ke hospital termasuk menanggung kos perubatan, rawatan susulan dan sebagainya, sejak mula masuk hingga pulih.

“In shaa Allah , kita akan memberi sokongan perubatan kepada semua mereka, iaitu seramai 64 orang,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, jumlah bantuan khas kepada mereka yang dimasukkan ke hospital adalah bergantung kepada setiap kes.

Selain itu, Tajuddin turut memaklumkan bahawa pihak Prasarana juga akan memberi bantuan kepada mereka yang hilang pendapatan disebabkan oleh kemalangan itu.

“Kami sangat prihatin kepada nasib keluarga mereka, yang ramai anak dan sebagainya. Jadi kita akan bantu kelangsungan hidup sehingga dia boleh kerja seperti biasa,” katanya.

Related posts

Leave a Comment