Fasa kedua 250,000 jemaah

SEBANYAK 250,000 jemaah bakal berpeluang mengerjakan umrah sebelum 31 Oktober ini, iaitu fasa kedua pembukaan semula ibadah umrah dan kebenaran solat berjemaah di Masjidil Haram dan kawasan Rawdah di Masjid Nabawi,.

Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi pada masa yang sama, sebanyak 600,000 jemaah akan diberikan permit untuk bersolat di dalam masjid.

Sejak pembukaan semula pada 27 September lalu, sebanyak 125,000 jemaah telah mengerjakan umrah dan setakat ini tiada kes jangkitan Covid-19 yang dikesan dalam kalangan para jemaah umrah.

Fasa ketiga pula bermula 1 November yang melibatkan jemaah dari negara luar tetapi pihak berkuasa Arab Saudi belum mengumumkan senarai negara asing yang akan dibenarkan menghantar jemaah.

Menurut statistik yang dikeluarkan, sebanyak 1.2 juta jemaah mendaftar untuk mengerjakan umrah melalui Eatmarna, aplikasi yang disediakan antara 27 September sehingga 17 Oktober lalu.

Related posts

Leave a Comment