Kes di Riyadh terus melonjak

KES jangkitan harian Covid-19 semakin meningkat di Arab Saudi apabila Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 4,233 kes baharu iaitu pertambahan 867 kes berbanding hari sebelumnya (13 Jun) sebanyak 3,366 kes.

Menurut kenyataan MOH, kes harian tertinggi itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di Arab Saudi meningkat kepada 127,541 sementara 40 lagi kematian dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul 972.

Riyadh terus mencatatkan kes tertinggi dalam tempoh 24 jam dengan catatan 1,735 meningkat sebanyak 646 kes berbanding pada Sabtu 1,089.

Jurucakap MOH memberitahu, peningkatan kes di Riyadh terutama melibatkan kalangan orang muda mungkin disebabkan sikap tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan jangkitan.

Justeru penduduk sama ada warganegara atau sebaliknya perlu mematuhi langkah-langkah pencegahan termasuk penjarakan sosial yang disarankan.

Sementara itu Jeddah menduduki tempat kedua dengan 352 kes, Makkah 314, Dammam 161, Madinah 158, Hafouf 147 , Qatif 144 dan Khobar 137.

Kes sembuh pula meningkat kepada 84,720 berikutan 2,172 kes lagi pulih sementara kes aktif sebanyak 41,849.

Related posts

Leave a Comment