5.4 juta kes 344,000 kematian

JUMLAH kes positif Covid-19 di seluruh dunia mencecah 5.38 juta, manakala kematian akibat wabak itu kini lebih 344,000 kes.

Data Johns Hopkins University menunjukkan, tiga negara merekodkan lebih 300,000 kes, tiga negara lebih 200,000 kes dan enam negara 100,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) mendahului jumlah kes dan kematian iaitu 1.64 juta kes dengan lebih 97,000 kematian.

Setakat pagi ini waktu tempatan, Brazil merekodkan 347,398 kes dan Russia 344,481 sementara United Kingdom 260,916, Sepanyol 235,772 dan Itali 229,858 .

Enam negara yang melepasi 100,000 kes adalah Perancis 182,709 diikuti Jerman 180,328, Turki 156,827 , India 138,536, Iran 135,701 dan Peru 119,959.

Tiga negara berikutnya adalah Kanada 86,105, China 84,084 dan Arab Saudi 72,560.

Bagi kes kematian, United Kingdom (UK) merekodkan 36,875, diikuti Itali 32,785, Sepanyol 28,752, Perancis 28,370, Brazil 22,013.

Negara lain adalah Belgium 9,280, Jerman 8,283, Iran 7,417,  Mexico 7,179,  Kanada 6,533 dan Netherland 5,841. 

Related posts

Leave a Comment