Separuh pemandu Grab gantung kunci?

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan e-hailing Grab sebelum ini dilaporkan mempunyai 200,000 pemandu yang aktif sebelum penguatkuasaan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV). Bagaimanapun berapakah yang tinggal jika Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa  hanya 91,978 pemandu perkhidmatan e-hailing berjaya mendapat Lesen PSV setakat Isnin lepas. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata seramai 42,818 calon lagi gagal dengan kebanyakannya telah mengambil peperiksaan semula PSV. “Jumlah terkumpul lesen PSV yang masih aktif ialah 358,944, manakala jumlah PSV untuk pemandu teksi ialah 28,860 orang,” katanya ketika sesi soal jawab lisan bagi pertanyaan Fong…

Read More

Hargai rakyat, bukan cari alasan dangkal

PERSIDANGAN Dewan Rakyat berakhir minggu ini. Maka ahli-ahli Dewan Rakyat termasuk menteri, timbalan menteri bolehlah memberi fokus kepada perhimpunan parti politik yang mereka wakili khususnya UMNO, PKR dan Amanah. Pastinya mereka tidak akan ponteng daripada menghadiri perhimpunan itu. Tidak pasti pula sejauh mana pengisian perhimpunan itu. Adakah panas dengan perbahasan pelbagai isu? Atau mungkin ‘sesejuk’ Dewan Rakyat. Merujuk kepada Dewan Rakyat, minggu lalu muncul beberapa kenyataan menarik mengenai perjalanan persidangan itu. Fokus kepada isu berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2020 bagi Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat. Pelbagai kenyataan…

Read More