BETULKAH TIDAK TENTU ARAH?


 

UMNO! Apa khabar? Nak tanya pemimpin terutama yang bertemu Azmin Ali baru-baru ini. Betul ka apa yang dikatakan oleh Azmin kepada Dr Mahathir Mohamad? UMNO bagaikan hilang arah.

Kalau dah tak tentu arah atau hilang arah sekali pun takkan sampai buat rombongan bertanya pandangan parti lain apa nak buat. Pemimpin UMNO No. 1, No. 2. No. 3 dah tak mampu fikir apa nak buat? Majlis Tertinggi dah bubar ka? Cawangan dan bahagian UMNO dah lemah ka?

Nakhoda dah tukar takkan kapal masih tidak tahu arah. Kasihan anggota-anggota UMNO yang setia berkhidmat dan bertungkus lumus berkempen untuk memenangkan calon BN dari MCA di Tanjung Piai baru-baru ini. Selepas menang tiba-tiba saja ‘kapal’ dikatakan hilang arah. 

Memang kapal dah bocor di sana sini tetapi ada usaha memperbaikinya. Kita tengok berapa ramai yang akan terjun kapal untuk menyelamatkan diri. Siapa yang akan terus berada di atas kapal sementara menanti ke mana angin bawa pergi.

Berterus terang sahaja supaya semua jelas dan tahu ke mana mahu diteruskan pelayaran. Walaupun saya bukan ahli UMNO tetapi merasakan adalah tidak wajar parti ini harus membuka ruang untuk UMNO diperlekeh dan dipersendakan.  

Semoga tidak ada yang bagaikan cacing kepanasan hanya kerana hilang jawatan dan kuasa. Dan jangan dibiarkan anggota UMNO di bawah seperti anak ayam kehilangan ibu.

Related posts

Leave a Comment