Usah selesa selepas menang

MENANG tetapi ada yang bertanya apa Barisan Nasional (BN) boleh buat? Benar kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih tidak mengubah apa-apa kedudukan pentadbiran kerajaan di negeri Selangor. Sebaliknya ada yang tersurat dan tersirat di sebalik kemenangan BN itu. Hakikatnya BN memenangi semula kerusi DUN Semenyih. Kemenangan itu juga dapat diterjemahkan sebagai kejayaan pembentukan kerjasama UMNO-Pas seterusnya merintis perubahan landskap politik negara. Pengundi Melayu dan Islam telah memberi isyarat menolak PH sementara pengundi Cina tidak berbelah bahagi memberi sokongan kepada PH yang diterajui DAP. Keputusan itu…

Read More