Demokrasi ‘beracun’ rosakkan solidariti

TAHNIAH kepada penganjur Perhimpunan Solidariti Kedamaian terutama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof. Perhimpunan membawa mesej bahawa rakyat Malaysia mahukan keamanan dan menolak sebarang bentuk keganasan. Perhimpunan itu susulan tragedi tembakan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, pada 15 Mac lalu. Walaupun jumlah yang hadir dengan pelbagai angka tetapi cukuplah kehadiran itu dapat memberi mesej seperti yang diharapkan. Jumlah kehadiran tidak penting. Jika sekadar enam atau tujuh orang yang ambil bahagian, mesej boleh sampai lebih-lebih lagi jika pesertanya kreatif menggunakan kaedah provokasi bagi menarik perhatian. Tidak perlu perhimpunan…

Read More

Politikus usah heret rakyat ‘berperang’

ADA yang seperti cacing kepanasan apabila UMNO dan Pas bersetuju membentuk kerjasama perpaduan ummah. Lebih gelabah, kesan kerjasama itu apabila Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Ada juga pihak yang seolah-olah seperti ‘cacing gila’ lebih-lebih lagi apabila dikhabarkan bahawa MCA dan MIC kekal bersama BN. Hasrat mereka ingin melihat UMNO dan Pas bersendirian setelah membentuk kerjasama, sementara BN pula berkubur dengan tindakan MCA dan MIC menarik diri daripada gabungan itu. Bagaimanapun harapan untuk melihat kekalutan BN itu tidak kesampaian. MCA dan MIC kekal bersama…

Read More

Usah selesa selepas menang

MENANG tetapi ada yang bertanya apa Barisan Nasional (BN) boleh buat? Benar kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih tidak mengubah apa-apa kedudukan pentadbiran kerajaan di negeri Selangor. Sebaliknya ada yang tersurat dan tersirat di sebalik kemenangan BN itu. Hakikatnya BN memenangi semula kerusi DUN Semenyih. Kemenangan itu juga dapat diterjemahkan sebagai kejayaan pembentukan kerjasama UMNO-Pas seterusnya merintis perubahan landskap politik negara. Pengundi Melayu dan Islam telah memberi isyarat menolak PH sementara pengundi Cina tidak berbelah bahagi memberi sokongan kepada PH yang diterajui DAP. Keputusan itu…

Read More