Dewan Merdeka menanti rentak baharu PAU

SUHU politik negara masih tidak menentu. Hampir lima bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), cerita politik belum reda. Ia akan berlarutan untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga berlaku peralihan kuasa Perdana Menteri. Mungkin selepas peralihan itu, cerita politik belum menemui noktahnya. Entah sampai bila bicara mengenai politik. Diharapkan kekalutan politik ini tidak menjejaskan tumpuan serta perhatian terhadap rakyat yang telah membuat keputusan. Ketika ini ‘demam politik’ terus melanda parti yang mewakili kerajaan atau pembangkang . Keadaan ini turut dipengaruhi oleh pemilihan dalaman parti yang menjadi tunjang kerajaan iaitu PKR. Begitu juga…

Read More

Berakhirnya era ‘besar’ akhbar Melayu, Inggeris

BESAR, Berani, Berpengaruh. Itulah slogan promosi terakhir sebelum ini dalam usaha Utusan Malaysia (UM) dan Mingguan Malaysia (MM) untuk mengekalkan identiti ‘besar’ akhbar berkenaan. Kumpulan Utusan sedar bahawa ‘rakan-rakan’ utamanya yang sebelum ini muncul dalam bentuk besar atau broadsheet sudah beralih kepada akhbar tabloid atau kompak. Bagi menghadapi saingan itu, Kumpulan Utusan mengadakan pembaharuan dengan mempromosikan akhbar berkenaan sebagai satu-satunya akhbar besar berbahasa Melayu di negara ini. Langkah itu bagi meyakinkan pembaca untuk menatap sebuah akhbar yang dapat memuatkan gambar lebih besar. Begitu juga ruang iklan yang lebih menyerlah. Memang…

Read More

Peraturan sia-sia tanpa penguatkuasaan, kesedaran

JIKA tidak ada sebarang halangan, mulai akhir tahun ini, semua restoran terbuka akan diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok. Adakah perokok yang sering lepak di restoran, kadang-kadang sehingga larut malam atau awal pagi bersedia menerima peraturan ini? Terima atau reda sahaja peraturan itu jika sudah diwartakan sebagai zon larangan merokok. Persoalannya sejauh mana perokok akan mematuhi peraturan berkenaan dan setakat mana kerjasama yang mampu diberikan oleh pengusaha restoran? Ketika ini pun di kebanyakan restoran atau kedai makan sudah tertera peringatan ‘Dilarang Merokok’. Malangnya tidak ramai yang ambil peduli. Lebih mendukacitakan, selamba…

Read More

Atasi kekeliruan SST, gembirakan pengguna

SEHARI dua ini, penuhlah ruang media sosial sama ada WhatsApp, Facebook dan pelbagai lagi dengan cerita harga barang. Siap sekali dengan resit jualan. Fokus sudah tentulah kepada sama ada barang yang dibeli ada tertera ‘cukai’ yang dikenakan berikutan pelaksa­naan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Perbinca­ngan berkisar mengenai sama ada harga kekal, turun atau naik. Sejak SST diperkenalkan, pelbagai tafsiran dibuat. Kreativiti rakyat Malaysia memang terserlah untuk mencipta pelbagai ‘maksud’ SST. Kebanyakannya memberi maksud sinis. Itulah Malaysia kita. Sama ada berlaku kenaikan harga atau tidak, pihak kerajaan telah menyenaraikan barangan…

Read More