Menanti rentak ‘wajah baharu’ di Dewan Rakyat

SEJARAH tercipta apabila Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Keempat Belas bermula hari ini. Selama 20 hari bersidang sehingga 16 Ogos, banyak sejarah akan tercatat. Paling utama sudah tentulah perubahan selepas enam dekad. Selama 60 tahun Perikatan yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional (BN) memerintah, kali ini Pakatan Harapan (PH) pula membentuk kerajaan. Jika dulu di Dewan Rakyat, BN berada di sebelah kanan, kini beralih kepada kedudukan kiri. Begitu juga sebaliknya. Pakatan yang menggabungkan DAP, PKR, PPBM dan Amanah berjaya menyingkirkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU-14) pada 9…

Read More