Ubah, berubah, demi kelangsungan politik

UBAH, berubah dan perubahan. Begitulah hasil Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu. Rakyat telah mengam­bil keputusan untuk menyahut seruan ubah yang digerakkan oleh parti-parti yang bergabung di bawah Pakatan Harapan (PH). Akibatnya kedudukan Barisan Nasional (BN) berubah. Keyakinan berubah menjadi kekecewaan yang amat pahit ditelan dan sukar dipercayai. Pe­rubahan besar melanda sehingga ‘kapal’ BN kini senget dan hampir tenggelam. Siapa sangka BN ga­gal meneruskan pentadbirannya di Putrajaya walaupun wakilnya memenangi kerusi Putrajaya. Berbanding Pas yang sudah biasa dengan kalah menang, UMNO atau BN tidak pernah merasai kekalahan seumpama ini.…

Read More