Masalah disiplin atau lindungi hak anak-anak

SESI persekolahan 2018 memasuki minggu kedua. Menyelak kembali minggu pertama, pelbagai ‘ragam’ dapat dilihat sama ada murid-murid yang kali pertama memasuki alam persekolahan atau pun ibu bapa yang ‘melepaskan’ anak mereka ke sekolah. Seperti biasa, orang kita yang sememangnya begitu kreatif ‘melakarkan’ pelbagai ‘peristiwa dan aksi’ ibu bapa, guru dan murid-murid pada musim persekolahan ini. Gambar beserta dialog nakal, sinis dan pelbagai lagi dicipta bagi menggambarkan suasana sesi persekolahan ini. Tidak kurang juga ibu bapa yang membuat tinjauan di sekolah termasuk ketika di kantin sehinggalah anak-anak menamatkan pelajaran pada hari…

Read More