Mampukah perkhidmatan feri Pulau Pinang diselamatkan

KESEMPATAN menyertai rakyat­ Malaysia meneruskan tradisi balik kampung, saya berpe­luang menggunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang. Naik di Terminal Feri Raja Tun Uda (bahagian pulau) dan turun di Terminal Feri Sultan Abdul Halim (tanah besar). Mungkin disebabkan cuti hari raya kedua, jumlah penumpang agak ramai. Sesak lebih-lebih lagi tempoh menunggu pula lebih 20 minit. Tidak pasti kekerapan perkhidmatan feri ini. Kehadiran pendatang asing yang ‘keluar’ beramai-ramai sempena hari cuti menyebabkan berlaku kesesa­kan dan tolak-menolak. Penumpang tempatan yang terdiri daripada wani­ta dan warga emas kesal dengan keadaan itu. Lebih mendukacitakan keadaan itu…

Read More