PTPTN: Peminjam perlu pegang konsep pinjaman wajib dibayar

SETIAP tahun, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memerlukan dana sebanyak RM5 bilion untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara. Akibat kekangan kewangan yang turut dipengaruhi oleh sikap liat penerima bantuan atau pinjaman itu, mulai 1 November lalu, PTPTN terpaksa menyusun semula kadar pembiayaan iaitu bagi pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), pinjaman dikurangkan sebanyak lima peratus dan 15 peratus pula untuk pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Bagaimanapun jumlah pembiayaan pelajar ijazah Sarjana Muda Perubatan di IPTS dikekalkan dan tidak mengalami sebarang pengu-rangan…

Read More