Setiap undi amat bermakna di Pengkalan Kubor

KEDAI makan Abdullah Yahya dan isteri Noriyah Ghazali hanyalah sebuah kedai biasa, tempat penduduk terutama nelayan di Kampung Geting, Pengkalan Kubor bersantai sambil minum kopi pada waktu lapang. Kawasan ini juga menjadi tempat memproses ikan kering. Keunikan kedai ini adalah kerana ia mendapat perhatian pemimpin negara. Menurut Noriyah, 28 tahun lalu, ketika usianya 20 tahun, Dr. Mahathir Mohamad pernah berkunjung ke kedainya. Baginya, itu satu sejarah. Jumaat lalu, sejarah berulang apabila Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pula berkunjung ke situ. Tidak putus-putus Noriyah bercerita. Begitulah kebanggaan wanita ini yang nampak…

Read More

Rumah: Jangan biarkan GST jadi ‘kambing hitam’

RUMAH, satu keperluan yang tidak dapat dielakkan. Apabila timbul perkara berkaitan dengan rumah, maka ramai yang resah terutama bagi yang masih belum memiliki rumah sendiri. Baru-baru ini, kakitangan kerajaan gelisah apabila Kementerian Kewangan dikatakan akan memansuhkan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Bagi kakitangan kerajaan, mereka mempunyai kemudahan ini yang dianggap terbaik. Sebenarnya apa yang berlaku ialah kerajaan bercadang untuk menjadikan BPP sebagai sebuah Badan Berkanun (BB) dan mengekalkan faedah sedia ada yang dinikmati oleh penjawat awam ketika ini. Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah, memberi jaminan pengurusan pinjaman perumahan…

Read More

‘Fahami tersurat, tersirat supaya tidak menang sorak’

PENING. Keliru. Rakyat terutamanya di Selangor terus tertanya-tanya apakah kesudahannya isu jawatan Menteri Besar Selangor. Menurut orang No. 2 Pas, Mohamad Sabu @ Mat Sabu, Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang dipengerusikannya semalam akan menolak jawatan Menteri Besar (MB) sekiranya ditawarkan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sungguh murni hati Pas (rasanya tidak semua anggota parti) yang sanggup menolak jawatan itu demi menjaga hubungan baik dengan DAP dan PKR. Adakah Pas akur sahaja hasrat Anwar Ibrahim untuk menjadikan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB? Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali pula berkata…

Read More

Merdeka bukan bererti bebas menghina orang lain

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaporkan bersedia ‘membina semula Gaza’ yang musnah akibat serangan Israel. Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon bagaimanapun berkata, pembangunan semula itu adalah buat kali yang terakhir. Beliau bertanya, adakah kita perlu terus begini…bina, musnah dan bina dan musnah? Hanya keamanan berkekalan di Gaza dapat menghentikan kitaran penderitaan di Gaza. PBB boleh membina semula Gaza walaupun kosnya dilaporkan sebanyak RM19.1 bilion. Masjid, rumah, sekolah, hospital, bangunan boleh dibina semula tetapi nyawa manusia akibat pembunuhan beramai-ramai terutama melibatkan kanak-kanak yang sedang membesar bolehkah dikembalikan semula? Setiap sesuatu yang bernama…

Read More