Fikiran tidak aman apabila penyangak berani beroperasi 24 jam

ADAT berjiran atau bersabahat, kenalan yang bertandang tentunya akan dijemput masuk ke dalam rumah walaupun hari sudah lewat malam. Tanpa perasaan syak wasangka, tetamu dilayan seperti biasa. Malangnya siapa tahu niat sebenar orang yang bertandang itu? Niat baik akhirnya dibalas dengan kejahatan. Itulah kisah yang berlaku di Besut pada Jumaat lalu. Seorang wanita warga emas, 54 dan cucu lelakinya berusia 10 tahun cedera dipukul dengan kayu oleh kenalan lamanya yang menyamun mereka di rumah. Kejadian berlaku ketika mangsa hendak masuk tidur pada pukul 11.45 malam. Akibatnya, gelang bernilai RM1,000 lesap…

Read More