Fikiran tidak aman apabila penyangak berani beroperasi 24 jam

ADAT berjiran atau bersabahat, kenalan yang bertandang tentunya akan dijemput masuk ke dalam rumah walaupun hari sudah lewat malam. Tanpa perasaan syak wasangka, tetamu dilayan seperti biasa. Malangnya siapa tahu niat sebenar orang yang bertandang itu? Niat baik akhirnya dibalas dengan kejahatan. Itulah kisah yang berlaku di Besut pada Jumaat lalu. Seorang wanita warga emas, 54 dan cucu lelakinya berusia 10 tahun cedera dipukul dengan kayu oleh kenalan lamanya yang menyamun mereka di rumah. Kejadian berlaku ketika mangsa hendak masuk tidur pada pukul 11.45 malam. Akibatnya, gelang bernilai RM1,000 lesap…

Read More

Biarkan Zaid Ibrahim pertahan Khalid Ibrahim cabar Anwar Ibrahim

KETIKA Barisan Nasional (BN) masih berteka-teki mengenai sama ada bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, tiba-tiba muncul satu nama yang mahu bertanding atas tiket Bebas. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mahu mencabar Anwar Ibrahim bagi memastikan Khalid Ibrahim tidak disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar (MB) Selangor. Dalam erti kata lain, Zaid, bekas anggota PKR dari Kelantan, tidak mahu Anwar, dari Pulau Pinang mengetuai kerajaan negeri. Benar kata Zaid, jika Khalid dari Selangor mahu disingkirkan biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi…

Read More

Kempen awal PRK ciptaan PKR ‘ganggu’ penduduk

KHABAR dari Permatang Pauh memaklumkan. Anwar Ibrahim telah menjelaskan kepada ‘sebahagian kecil pengundi dan penduduk’ di kawasan itu mengenai keputusannya ‘berhijrah’ ke Kajang. Maksud ‘sebahagian kecil’ adalah kerana jumlah yang hadir pada perjumpaan itu tidak ramai. Mungkin pengundi dan penduduk Permatang Pauh sudah tahu niat sebenar wakil rakyat mereka. Siapa sangka seorang pemimpin yang begitu gah di Permatang Pauh sanggup menawarkan diri untuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor. Alangkah baiknya jika beliau bertanding di kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Mana…

Read More

Berapa banyak lagi siri episod ‘drama’ Kajang?

DAP akan patuh, Pas akur sahaja. Itu kesimpulan yang sudah pasti diambil apabila Anwar Ibrahim dicalonkan pada hari p-namaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang tidak lama lagi. Pada peringkat awal ini, DAP dan Pas masih boleh bersandiwara dengan memberi pelbagai alasan – tidak tahu-menahu atau tidak dibincangkan bersama rakan-rakan pakatan. Hakikatnya jawapan akhir dalam isu Kajang ini, DAP tetap DAP dan Pas tetap Pas. Apabila Anwar ‘turun’ ke gelanggang, mana ada pihak yang berani menghalangnya. Suara-suara ‘nakal’ seperti terkejut, tidak puas hati seperti yang dinyatakan…

Read More