Keresahan bakal jemaah menghadapi isu kekangan kuota haji

KETIKA ini kira-kira 2 juta umat Islam yang terpilih dari seluruh dunia berada di Arafah untuk wukuf, sebagai tanda bermulanya musim haji tahun ini. Angka tidak rasmi sebelum ini menunjukkan 1.4 juta umat Islam sudah memasuki kota Mekah untuk menunaikan rukun Islam yang kelima itu. Difahamkan jumlah ini akan mencecah 2 juta orang tetapi tidak menyamai 3.2 juta orang pada tahun lalu. Jumlah itu merosot disebabkan pengurangan kuota yang dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi berikutan kerja-kerja ubah suai dan menaik taraf kemudahan infrastruktur sekitar Masjidilharam. Bagi rakyat tempatan di Malaysia,…

Read More

Kempen bukan sekadar pengenalan calon di pentas

HARI ini, anggota UMNO akan dapat mengetahui kedudukan muktamad siapa yang selamat untuk bertanding atau tidak. Masih ada lebih kurang seminggu untuk ‘sayap’ dan dua minggu untuk peringkat bahagian dan Majlis Tertinggi menjelang pemilihan UMNO pada 12 dan 19 Oktober ini. Ketika ini calon-calon yang bertanding sibuk berkempen memperkenalkan diri dari satu negeri ke satu negeri. Semalam, mereka yang menawarkan diri bertanding berada di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bagi calon-calon yang berkesempatan, mereka berpeluang ‘menunjuk muka’ kepada para perwakilan di tiga negeri itu manakala yang tidak berpeluang berbuat demikian terpaksa…

Read More

Tiada kejutan dalam pemilihan ulangan CEC Parti Tindakan Demokratik

SEMALAM, Kongres Khas DAP berlangsung dengan pemilihan semula anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Jumlah perwakilan hanya 2,576 orang dan calon yang bertanding pula 49 orang. Kongres khas ini diadakan selepas pemilihan yang berlangsung pada 15 Disember 2012 terpaksa dibatalkan. Ketika itu 68 orang bertanding dan tidak sampai 2,000 yang mengundi. Semalam juga, berlangsung simulasi pemilihan UMNO. Berbanding DAP, pemilihan UMNO tentulah lebih rumit kerana bakal melibatkan lebih 146,000 perwakilan yang akan memilih 33,682 calon pemimpin bagi pelbagai peringkat iaitu Majlis Tertinggi, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri dan bahagian. Jika DAP…

Read More

Gelanggang orang lama, orang muda, muka baharu

MEMANG meriah suasana pada ‘hari penamaan calon’ pemilihan UMNO yang berlangsung Sabtu lalu. Setakat ini sudah nampak tanda-tanda saingan sengit dijangka berlaku termasuk di peringkat bahagian berikutan ramai yang menawarkan diri. Jelaslah berlaku penawaran diri beramai-ramai untuk bertanding yang memperlihatkan proses demokrasi dalam UMNO yang cuba disegarkan mendapat perhatian anggota UMNO. Mereka berani mencuba untuk melakukan perubahan walaupun kemungkinan ada sesetengahnya sekadar mahu ‘memperkenalkan diri’ sebelum berada pada arus perdana perjuangan parti. Begitu juga dengan Majlis Tertinggi (MT) yang menampilkan enam calon untuk jawatan naib presiden yang menggabungkan tiga menteri…

Read More

Elak ‘ketirisan poket’ menjelang pemilihan dalam parti

SEMALAM, Ahad berakhirlah mesyuarat agung tahunan UMNO peringkat cawangan di seluruh negara. Setakat ini, khabarnya perjalanan mesyuarat adalah lancar walaupun ada beberapa cawangan mengalami sedikit kekecohan. Diharapkan ‘kekecohan’ seperti dakwaan tidak cukup kuorum, tidak mengikut jadual, mesyuarat bertukar menjadi jamuan hari raya, cawangan bunian dan sebagainya tidak akan mengganggu perjalanan mesyuarat atau persidangan di peringkat bahagian. UMNO tidak boleh ambil mudah ‘kekecohan’ yang berlaku ini. Jangan kerana ‘nila setitik rosak susu sebelanga’. Lebih-lebih lagi kaedah baharu pemilihan yang diperkenalkan kali ini sudah tentu mendapat perhatian parti-parti politik lain terutama yang…

Read More

Apabila kerajaan mengurangkan subsidi petrol

MACAM-MACAM reaksi diberi apabila kerajaan mengurangkan subsidi bahan bakar. Akibatnya harga petrol RON95 dan diesel naik 20 sen seliter menjadikannya RM2.10 dan RM2. Harga petrol RON97 pula naik 15 sen menjadikannya RM2.85 sen. Kebanyakan reaksi tentulah menghentam kerajaan. Di sebelah ‘pihak sana’ yang sentiasa mencari ‘silap’ kerajaan, kenaikan itu seperti memberi ‘bola tanggung’. Seolah-olah kalau mereka yang berkuasa, semuanya itu tidak akan berlaku, tidak ada kenaikan. Demi populariti, yang wajar tidak diwajarkan. Sebaik sahaja kenaikan itu diumumkan, macam-macam reaksi negatif diberi sama ada dalam bentuk kata-kata, dialog bergambar, karikatur, khidmat…

Read More

Bertuahnya hidup di sebuah negara ‘bebas’

SAMBUTAN ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-56 sudah berlalu pada Sabtu lalu. Acara perbarisan tahunan yang berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mendapat sambutan hebat. Segmen yang turut menarik perhatian adalah acara gayung perang war chant oleh VAT 69. Persembahan pasukan komando itu turut melibatkan pegawai-pegawai dan anggota yang terlibat dalam Op Daulat ketika pen-cerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu. Insiden berdarah yang dipaparkan menerusi formasi gayung perang amat menyayat hati lebih-lebih lagi apabila layar yang tersedia memaparkan wajah balu anggota yang terkorban. Semoga segmen itu akan…

Read More

MIC dan peranan besar Palanivel menjelang 2016

BERGABUNG sebagai satu parti tunggal mewakili masyarakat India. Itulah mesej yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tengku Adnan Tengku Mansor ketika merasmikan persidangan perwakilan Parti Makkal Sakti Malaysia kali kelima di Kuala Lumpur semalam. Tujuan penggabungan itu adalah mewujudkan sebuah parti yang mewakili masyarakat India menjadi parti yang dapat menjalin kerjasama demi pembangunan dan kepentingan kaum itu. Mesej yang sama pernah dilontarkan pelbagai pihak sebelum ini tetapi tidak ada usaha-usaha yang konkrit dilakukan. Harus diingat, penggabungan atau penyatuan ini memerlukan pengorbanan, kejujuran dan keikhlasan. Usaha penyatuan ini menjadi…

Read More

Berlambak ‘bendera’ semasa PRU, susah sangat Jalur Gemilang setahun sekali

DUA belas hari lagi, Malaysia akan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 yang bertemakan Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku. Sambutan kali ini berlangsung dalam suasana umat Islam masih meraikan Hari Raya Aidilfitri, hari ke-24 dalam bulan Syawal. Adakah kemeriahan Aidilfitri akan menenggelamkan semangat mengingati sambutan kemerdekaan negara? Setiap kali menjelang kemerdekaan, kerajaan akan mengadakan program untuk menggalakkan rakyat mengibarkan bendera kita, Jalur Gemilang. Kenapa rakyat perlu diperingatkan tentang kibaran bendera setiap kali negara mahu menyambut Hari Kemerdekaan? Tentulah, kebanyakan orang sering lupa untuk mengibarkan bendera ini. Cuba lihat sekeliling. Lihat rumah…

Read More

Dilema MCA selepas ‘terperangkap’ dengan resolusi

DI SAMPING pemilihan UMNO pada Oktober ini , turut menarik perhatian kali ini sudah pasti dua parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MCA dan MIC. Paling menarik sudah tentulah MCA yang kalah teruk pada pilihan raya umum (PRU) lalu. Sejak masyarakat Cina menolak parti yang mendakwa mewakili kaum itu banyak cerita yang tidak pernah selesai berlegar di dalam MCA. Satu persatu isu ditimbulkan. Selepas PRU lalu, MCA terus dilanda isu yang berkaitan resolusi bahawa parti itu tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kerajaan jika keputusan PRU menunjukkan MCA tidak menerima…

Read More