Lama atau baharu, bukan faktor utama kemalangan

LEGA. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat apabila Timbalan Menteri Pengangkutan, Abdul Aziz Kaprawi menjelaskan kerajaan tidak bercadang menetapkan tempoh usia kenderaan bagi tujuan pelupusan. Sejak ‘penemuan’ kajian bahawa kenderaan terutama yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya, ramai pengguna yang gelisah. Walaupun keputusan muktamad belum dibuat ketika itu, tetapi cakap-cakap yang kedengaran ialah kerajaan akan melaksanakan cadangan tersebut, maknanya kenderaan berusia 12 tahun akan dihapuskan. Maka banyaklah komentar yang didengar. Tidak kurang juga yang menuding jari terhadap kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN). Pihak ini yang…

Read More

MIC perlu bina semula ‘nambikei’, atur strategi perjuangkan ‘urimai’

PEMILIHAN pucuk pimpinan parti kom-ponen Barisan Nasional (BN) diteruskan hujung bulan ini apabila MIC akan memilih barisan kepemimpinannya (2013-2016). Setelah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dimenangi tanpa bertanding oleh G.Palanivel dan Dr. S.Subramaniam, tumpuan kini terarah kepada pemilihan naib presiden dan anggota jawatankuasa kerja pusat (CWC). Lapan orang menawarkan diri untuk tiga jawatan naib presiden dan 88 orang untuk 23 jawatan anggota CWC. Bagi jawatan naib presiden, M.Saravanan dan S.K. Devamany mahu mempertahankan jawatan dan S.Sothinathan mahu menduduki semula kerusi yang pernah didudukinya. Lima lagi calon ialah S.A Vigneswaran, T.Mohan,…

Read More

1435: Semangat mahu berhijrah atau terus kekal di takuk lama

TAHUN 1434 Hijrah berakhir hari ini. Esok, kita akan melangkah memasuki 1 Muharam 1435 Hijrah. Memang pantas masa berlalu. Eloklah dalam menyambut awal Muharam lewat petang ini, kita sama-sama melakukan beberapa amalan sunat seperti berpuasa, solat sunat dan zikir, berdoa akhir tahun pada hari terakhir Zulhijah hari ini selepas Asar dan berdoa awal tahun selepas Maghrib. Kurang dua bulan, kita akan memasuki pula tahun 2014 Masihi. Sama ada Hijrah atau Masihi, kedua-duanya membawa maksud bahawa masa tidak pernah menunggu kita. Inilah yang dikatakan masa itu emas, terlalu tinggi nilainya. Peralihan…

Read More