Berlambak ‘bendera’ semasa PRU, susah sangat Jalur Gemilang setahun sekali

DUA belas hari lagi, Malaysia akan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 yang bertemakan Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku. Sambutan kali ini berlangsung dalam suasana umat Islam masih meraikan Hari Raya Aidilfitri, hari ke-24 dalam bulan Syawal. Adakah kemeriahan Aidilfitri akan menenggelamkan semangat mengingati sambutan kemerdekaan negara? Setiap kali menjelang kemerdekaan, kerajaan akan mengadakan program untuk menggalakkan rakyat mengibarkan bendera kita, Jalur Gemilang. Kenapa rakyat perlu diperingatkan tentang kibaran bendera setiap kali negara mahu menyambut Hari Kemerdekaan? Tentulah, kebanyakan orang sering lupa untuk mengibarkan bendera ini. Cuba lihat sekeliling. Lihat rumah…

Read More