Usah dipertikai lagi ‘kenapa dia dicalonkan, aku tidak’

MARAH, merajuk dan mengalah. Itulah beberapa sikap yang ‘terpampang’ semasa hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelmarin. Ada yang sanggup keluar parti, tutup bilik gerakan dan macam-macam lagi. Bak kata orang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau nak merajuk, biar merajuk betul-betul supaya akhirnya tidak menjadi seperti api dalam sekam, musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan sehingga menjejaskan jentera kempen. Tahniah kepada orang seumpama ini kerana berani berterus terang, tegas bertindak secara berhadapan, bukannya tikam belakang. Pada hari penamaan calon kelmarin, sudah terserlah apa…

Read More