Peluang pengundi ubah kedudukan ‘tuan penasihat’ di Permatang Pauh

DARI utara ke selatan ‘tuan penasihat’ parti politik menjadi tumpuan ramai menjelang 5 Mei ini. Di utara, Penasihat PKR, Anwar Ibrahim mahu mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenanginya selama lima penggal. Di selatan, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mahu mencuba nasib di Gelang Patah selepas singgah di Ipoh Timur, Perak selama dua penggal dari Tanjong, Pulau Pinang. Apakah nasib kedua-dua penasihat ini? Adakah pengundi akan mengubah kedudukan mereka seperti slogan Ubah yang dilaungkan DAP? Apa yang pasti pertembungan dua penasihat ini bukanlah sesuatu yang mudah. Anwar sudah lama bertapak…

Read More

Usah dipertikai lagi ‘kenapa dia dicalonkan, aku tidak’

MARAH, merajuk dan mengalah. Itulah beberapa sikap yang ‘terpampang’ semasa hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelmarin. Ada yang sanggup keluar parti, tutup bilik gerakan dan macam-macam lagi. Bak kata orang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Kalau nak merajuk, biar merajuk betul-betul supaya akhirnya tidak menjadi seperti api dalam sekam, musuh dalam selimut atau gunting dalam lipatan sehingga menjejaskan jentera kempen. Tahniah kepada orang seumpama ini kerana berani berterus terang, tegas bertindak secara berhadapan, bukannya tikam belakang. Pada hari penamaan calon kelmarin, sudah terserlah apa…

Read More

Menjelang hari mengundi, ‘kilang fitnah’ dan kilang poster sama-sama sibuk

DEBARAN siapa yang bakal menjadi calon Barisan Nasional (BN) dijangka terjawab hari ini atau selewat-lewatnya esok. Berapa ramaikah bekas Yang Berhormat akan dikekal atau digugurkan? Siapa pula muka baru? Kita juga akan tahu sama ada nama-nama yang meniti di bibir orang politik di seluruh negara yang kononnya akan dicalonkan hanya sekadar spekulasi atau kenyataan. Bagi yang dipilih semula, selamat berjuang. Kepada yang menaruh harapan tetapi tidak terpilih diharapkan dapat sama-sama turun padang membantu calon pilihan pucuk pimpinan. Bersabar, jangan merajuk dan kecewa. Ingat kata-kata Perdana Menteri, Najib Tun Razak, kalau…

Read More

Peluang tolak Guan Eng, pilih Chang Yeow atau Kon Yeow

DI SEBALIK kekecohan mengenai silap kira dan silap taip, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan kesediaan me-ninggalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Setiausaha Agung DAP itu sedia berpindah tanpa syarat (yang ditetapkan BN) ke DUN Padang Kota, kerusi yang pernah dimenangi bapanya, Lim Kit Siang. Bagaimanapun, perpindahan itu juga bergantung kepada sama ada Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang, Teng Chang Yeow bertanding di kawasan itu. Semasa penghijrahan pada 1986, Kit Siang menang di DUN Kampung Kolam. Beliau ke-mudian ‘melompat’ ke…

Read More