Bersyukur dapat menjalani ibadah dengan sempurna pada bulan Ramadan

SALAM Ramadan kepada seluruh umat Islam terutama di Malaysia. Syukurlah kerana sekali lagi kita dapat menemui Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Semoga kita diberi kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk melengkapkan puasa sebulan ini. Pada masa yang sama dapatlah kita menambah ibadah sepanjang Rama-dan, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga atau menghitung hari untuk menyambut Aidilfitri. Jadikan Ramadan ‘Pesta Ibadah’ bukannya ‘Pesta Makan’ atau ‘Pesta Membeli-Belah’. Sebagaimana yang kita ketahui, banyak ganjaran yang ditawarkan pada bulan Ramadan ini. Maka lakukanlah aktiviti yang menjurus kepada mendapat ganjaran pahala…

Read More