Bendera politik ‘tenggelamkan’ Jalur Gemilang

HARI ini genap 10 hari umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan. Syukurlah kita dapat menjalani ibadah di bumi merdeka ini dalam suasana yang penuh aman damai serta dilimpahi rezeki. Jelaslah umat Islam di negara kita lebih bernasib baik jika dibandingkan dengan rakan-rakan seagama yang terpaksa berpuasa atau menjalani ibadah pada bulan yang mulia ini dengan penuh cabaran dan dugaan. Seperti diselak minggu lalu, ada umat Islam yang terpaksa berpuasa dalam suasana perang, bencana alam, tempoh berpuasa yang panjang dan sebagainya. Tetapi di negara ini, kita bebas…

Read More

Bersyukur dapat menjalani ibadah dengan sempurna pada bulan Ramadan

SALAM Ramadan kepada seluruh umat Islam terutama di Malaysia. Syukurlah kerana sekali lagi kita dapat menemui Ramadan, bulan yang penuh keberkatan. Semoga kita diberi kekuatan dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk melengkapkan puasa sebulan ini. Pada masa yang sama dapatlah kita menambah ibadah sepanjang Rama-dan, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga atau menghitung hari untuk menyambut Aidilfitri. Jadikan Ramadan ‘Pesta Ibadah’ bukannya ‘Pesta Makan’ atau ‘Pesta Membeli-Belah’. Sebagaimana yang kita ketahui, banyak ganjaran yang ditawarkan pada bulan Ramadan ini. Maka lakukanlah aktiviti yang menjurus kepada mendapat ganjaran pahala…

Read More

TR1Ma…Baucar tukar RM, stok tayar habis, disangka empat rupanya…

SEPERTI dijangka ada juga pemandu teksi yang menyeleweng baucar subsidi tayar yang dilancarkan semasa program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) pada 24 Jun lalu. Ada pemandu yang bersekongkol bersama pengedar tayar untuk menukar baucar RM520 dengan wang tunai RM400. Diharapkan penyalahgunaan ini kecil. Samalah seperti laporan sebelum ini mengenai ada pelajar menyalahgunakan baucar buku. Pelajar kata buku sudah ada, lebih baik tukar dapatkan duit. Pemandu teksi pula mungkin berkata, tayar teksinya masih baru tidak perlu ditukar! Jumlah pemandu/pemilik teksi menyalahgunakan baucar tayar ini mungkin tidak ramai, sama seperti segelintir pemandu yang…

Read More

Islam terhakis andai tiada kuasa politik atau berpecah ketika berkuasa

SABTU lalu, sekali lagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan program Istighasah Al-Kubra iaitu berzikir atau berwirid memohon petunjuk dan keredaan Allah secara beramai-ramai. Majlis kelmarin berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam Selangor dengan kerjasama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Kali pertama, acara ini berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Zikir dan wirid berlangsung di tempat terbuka. Semasa di Kuala Lumpur pada 19 Mei lalu, cuaca yang panas tidak menghalang kira-kira 5,000 orang memohon keamanan dan kesejahteraan ummah. Khabarnya suasana panas…

Read More

Mandat rakyat 2008 berbaki 10 bulan, menghampiri tempoh lima tahun

TIGA, empat atau lima. Itulah angka yang turut menjadi bualan ketika ini. Adakah sesuatu pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan setelah genap lima tahun selepas sesebuah kerajaan mendapat mandat rakyat? Atau perlukah ia kekal seperti sekarang iaitu diadakan pada bila-bila masa menjelang genap lima tahun mandat yang diberikan rakyat kepada sesebuah kerajaan? Mungkin selepas tiga atau empat tahun. Isu ini tiba-tiba muncul selepas banyak ramalan atau telahan pelbagai pihak mengenai tarikh PRU Ke-13 meleset dan ramai yang ‘membuang’ masa mencongak bilakah tarikh keramat itu akan datang. Dalam keadaan tertentu, PRU…

Read More