Kuasa dan tuah Tahun Naga, semuanya serba tidak kena

SEBELUM menyelak lebih lanjut isu ming-gu ini, eloklah saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai kepada para pembaca terutama masyarakat Cina. Untuk makluman Utusan Malaysia akan terbit seperti biasa esok. Sambutan kali ini dianggap istimewa kerana 2012 adalah Tahun Naga, tahun yang dianggap paling berkuasa dan bertuah. Haiwan mitos itu merupakan simbol maharaja purba yang memiliki keberanian dan kebijaksanaan. Pastinya hari ini, banyak rumah terbuka dianjurkan dan akan berlarutan, sama seperti masyarakat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Melalui kunjung mengunjung seperti inilah, masyarakat…

Read More

Kebajikan dan keselesaan rakyat jangan dikorbankan kerana politik

LEBIH baik ambil alih semula kerajaan negeri! Begitulah kata Perdana Menteri, Najib Tun Razak semasa mengadakan pertemuan dengan peniaga/penyewa premis perniagaan di Kompleks PKNS (Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor), Shah Alam pada hari Jumaat lalu. Ada cadangan supaya Kerajaan Pusat mengambil alih kompleks itu bagi menjaga kebajikan peniaga/penyewa berikutan cadangan kenaikan kadar sewa antara 70 hingga 100 peratus. Jika dulu kadar sewa RM6,000 tetapi dengan kadar baru itu, ia meningkat kepada RM12,000. Bagaimanapun kata Perdana Menteri (PM), jika diambil alih, banyak syarat akan dikenakan kerajaan negeri yang diterajui DAP-PKR-Pas (3P) dan…

Read More

Perkhidmatan bas henti-henti perlu diberi ‘enjin’ baru

TUMPUAN hari ini tentunya kepada be-berapa isu berkaitan mahkamah. Seperti diselak minggu lalu, perhatian utama ten-tunya berkaitan nasib Anwar Ibrahim dan ‘demonstrasi aman’ Bebas Anwar 901. Begitu juga kenyataan oleh Dr. Mohamad Khir Toyo mengenai masa depan politiknya. Sama-samalah kita ikuti perkembangan kes-kes ini. Apa pun keputusan hari ini, biarlah rakyat negara ini akan terus me-nikmati kehidupan yang sempurna sesuai dengan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Bukannya pemimpin didahulukan dan diutamakan. Banyak yang sudah dilakukan oleh kerajaan 1Malaysia Barisan Nasional (BN) pim-pinan Najib Tun Razak. Apa yang dijanji ditunaikan satu persatu…

Read More

Tahun 2012 ‘diisi’ kelegaan, kekecewaan atau kejayaan

SELAMAT datang tahun 2012. Walaupun diari 2011 sudah ditutup tetapi jika diselak semula helaian ‘diari’ masing-masing (tak kisahlah dalam bentuk tulisan tangan atau media lain), sudah tentu ada yang masih belum terlaksana dan terpaksa disambung semula tahun ini. Kepada pembaca setia Utusan Malaysia khususnya diharapkan 2012 akan membawa kejayaan kepada anda semua. Apakah 2012 akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik? Semuanya terletak kepada kita. Sebagai manusia, kita boleh berusaha dan berikhtiar ke arah kebaikan dan kejayaan sementara selebihnya terserah kepada ketentuanNya. Apa pun setiap kejayaan perlu disusuli dengan semangat kesyukuran…

Read More