SEKALI lagi ahliahli UMNO akan melangkah ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Kehadiran sebagai perwakilan atau pemerhati pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 menjadi tumpuan ramai termasuk orang di luar UMNO. Perhimpunan kali ini pastinya lebih tertumpu kepada gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke13 bagi menebus kekecewaan 2008. Setiap kata dan tindakan ahliahli UMNO di PWTC juga akan menjadi perhatian rakan-rakan dalam Barisan Nasional (BN). Begitu juga musuh UMNO terutama Pas, PKR dan DAP juga berminat melihat sejauh mana kesiapsiagaan UMNO menghadapi PRU. Ucapan dasar Presiden juga…
Read MoreMonth: November 2011
Kerana Obama supir tercari-cari ‘jalan pulang’
MACET… di sana sini macet (sesak). Perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit akhirnya mencecah hampir satu jam. Begitulah gara-gara pergerakan kenderaan tersekat atau jammed sehingga memaksa supir (pemandu) tercari-cari jalan pulang. Lorong atau ‘jalan tikus’ habis diredah untuk mencari jalan pulang ke hotel. Berjaya tetapi mengambil masa hampir satu jam. Suasana macet ini dapat dilihat setiap kali berlaku pergerakan pemimpin negara anggota ASEAN dan rakanrakan dialognya khususnya melibatkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama. Tanggal 17 November lalu, penulis dan rakanrakan yang membuat liputan sidang akhbar Perdana Menteri, Najib…
Read More‘Tanam apa yang dimakan, makan apa yang ditanam’
BANJIR di Thailand tetapi orang kita juga tumpang susah. Di negeri-negeri utara, misalnya di Alor Setar, pengguna amat terasa dengan kenaikan harga sayursayuran. Begitu juga dengan harga ikan dan ayam. Semuanya ini disebabkan kita masih bergantung kepada sumber makanan dari luar khususnya dari negara jiran. Bayangkan jika negaranegara yang menjadi tempat kita bergantung import makanan selama ini menghadapi bencana serentak banjir, ribut, gempa bumi, kemarau panjang atau terlibat dalam kancah peperangan. Pastinya keadaan lebih buruk dan rakyat pula tidak dapat menerima kenaikan harga itu malahan mungkin menyalahkan kerajaan walaupun mereka…
Read MoreKorbankan ideologi kepartian demi kelangsungan agama
UMAT Islam di seluruh dunia ketika ini sedang bertakbir, bertasbih dan bertahmid, memuji kebesaran Allah sempena Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban. Pada masa yang sama, mereka juga melakukan ibadah korban. Tetapi suasana di Tanah Suci Mekah tentunya lebih bermakna bagi jemaah haji. Syukurlah satu persatu perkara wajib haji sedang disempurnakan oleh tiga juta umat Islam dari seluruh dunia termasuk 28,000 jemaah dari Malaysia. Dari Padang Arafah ke Muzdalifah, kemudian bermalam di Mina seterusnya melontar tiga jamrah sebelum kembali ke Mekah. Semoga cabaran dan dugaan yang dihadapi para jemaah…
Read More